Posted tagged ‘Rasis’

Melayu/Bumiputra Perlukan NGO Seperti PERKASA

December 23, 2013

Tahniah kepada Dato’ Ibrahim Ali dan PERKASA, di atas berlansungnya Perhimpunan Agung PERKASA semalam. Pada hemat aku, Ibrahim Ali merupakan ‘jantung’ kepada PERKASA. Tanpa Ibrahim Ali, hilanglah denyutan nadi PERKASA.

Semua kita sedar bahawa PERKASA lahir dari ‘tsunami’ PRU 2008. PERKASA lahir di saat UMNO sedang ‘licking the wounds’ akibat kemerosotan mendadak undi terhadap UMNO/BN pada PRU12 tersebut. Sejak kelahiran PERKASA, PERKASA dilihat telah memainkan peranan amat penting di dalam mempertahankan hak-hak Melayu/bumiputra, sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan. Malah, PERKASA dilihat seolah-olah memainkan peranan UMNO….semasa UMNO menyatukan umat Melayu di dalam menentang Malayan Union pada tahun 1946.

Gambarkan perjuangan UMNO pada tahun 1946, sehingga mencapai kemerdekaan pada 1957. UMNO pada saat itu tidak jauh, malah lebih tegas, dari PERKASA sekarang di dalam menyuarakan perjuangan Melayu. Perjuangan UMNO pada saat itu sudah tentu akan dilabel sebagai ‘racist’ sekiranya diletakkan di pentas politik masa kini. Oleh itu, aku jadi sedikit hairan apabila Tengku Razaleigh sendiri seolah-olah ‘endorse’ persepsi negative kaum bukan Melayu terhadap PERKASA.

Bagi aku, perjuangan PERKASA selama ini hanya sekadar mengingatkan kembali kaum-kaum bukan Melayu tentang peruntukan-peruntukan tertentu Perlembagaan negara, yang merupakan ’embodiment’ kepada asas-asas utama penubuhan negara kita, termasuk KONTRAK SOSIAL antara penduduk asal negara ini dengan kaum-kaum pendatang. ini satu reaksi terhadap percubaan kaum bukan Melayu, khususnya parti DAP, yang semakin berani mempertikaikan peruntukan-peruntukan Perlembagaan berkaitan.

Aku bukan seorang ahli PERKASA….salah satu sebabnya ialah kerana PERKASA tidak mempunyai kalimah ‘Melayu’ di dalam nama pertubuhan tersebut. Entah kenapa PERKASA lebih utamakan kalimah ‘bumiputra’ pun aku tak tahu. Sedangkan PERKASA berjuang untuk pertahankan hak-hak Melayu/bumiputra sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan. Bagi aku, kalimah ‘Melayu’ perlu didahulukan dari kalimah ‘Bumiputra’.

Pemilihan Pemuda UMNO Malaysia sedikit masa yang lalu menampakkan dengan jelas, UMNO mula ketandusan pemimpin-pemimpin pelapis berwibawa. Budaya politik wang yang masih berleluasa di dalam UMNO dipercayai telah menyebabkan ramai dari kalangan cerdik pandai Melayu kurang minat ‘bergelumang’ bersama UMNO. Di saat umat Melayu tercari-cari wadah perjuangan alternatif, PERKASA telah muncul menghulurkan tangan. Namun begitu, PERKASA masih lagi sebuah pertubuhan kerdil berbanding dengan UMNO. Tetapi kita jangan lupa bahawa UMNO sendiri lahir dari ‘perhimpunan’ 43 NGO Melayu di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru pada tahun 1946.

Apa yang URGENT sekarang, sebelum PRU14, NGO-NGO dan Bloggers Melayu perlu diselaraskan menjadi suara alternatif umat Melayu yang KUAT dan DIGERUNI. UMNO akan kekal sebagai wadah politik umat Melayu, tetapi UMNO hanyalah salah satu dari NGO-NGO Melayu. PERKASA juga adalah sebuah NGO Melayu. Senario politik semasa memerlukan NGO-NGO Melayu, termasuk UMNO dan PERKASA, berganding bahu meneruskan perjuangan Umat Melayu yang belum selesai.

Advertisements

Perjuangan PERKASA Menepati Aspirasi Perjuangan Melayu/Bumiputra Pasca PRU12 2008

October 28, 2013

Kenyataan bekas Pemangku Presiden Parti Gerakan, Chan Ko Yuan, semasa Perhimpunan Agung Tahunan parti itu semalam, bahawa kewujudan PERKASA menjadi penyebab merosotnya undi kaum Cina terhadap BN jauh sekali dari kebenaran, malah TIDAK BERASAS sama sekali.

PERKASA telah ditubuhkan pada tahun 2009, iaitu kira-kira 1 tahun selepas ‘Chinese Tsunami First Wave’ atau ‘Tsunami Kaum Cina Gelombang Pertama’ PRU12 pada bulam Mac 2008. Sokongan kaum Cina terhadap BN mula merudum pada PRU12 apabila BN kalah di 5 negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan, selain dari hanya memenangi 3 dari 12 kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan.

Kekalahan BN di negeri-negeri tersebut telah menyebabkan ada di kalangan kaum Cina mula ‘naik tocang’, sehingga ada yang beranggapan bahawa tarikh 8 Mac 2008, sebagai TARIKH KEMERDEKAAN sebenar bagi mereka dari ‘cengkaman’ UMNO/BN. Dari tarikh itu, mereka mula ‘naik minyak’ sehingga ada yang mula secara terbuka MEMPERTIKAIKAN ‘kedudukan istimewa Melayu/Bumiputra’ di dalam Perlembagaan. Bagi mereka, selepas 50 tahun merdeka, peruntukan ‘kedudukan istimewa Melayu/Bumiputra’ perlu dihapuskan sama sekali, dan jika ada pihak yang cuba merujuk kepada ‘Kontrak Sosial’ antara kaum-kaum sebelum merdeka, mereka akan dilabel sebagai ‘extremists’ dan ‘racists’.

Malah, ada di kalangan mereka yang melabelkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, sebagai ‘racist’. Sedangkan sepanjang tempoh Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, setiap kali PRU, UMNO/BN telah menang dengan melebihi 2/3, dan sokongan dari kaum Cina terhadap UMNO/BN boleh diletak pada tahap 50-60%. Malah, setahun setelah Tun Dr Mahathir menyerahkan kepimpinan UMNO/BN kepada Pak Lah, pada PRU12, UMNO/BN telah menang PRU12 dengan kemenangan ‘landslide’, iaitu melebihi 90% dari kerusi Parlimen. Malah, pada PRU12, Lim Kit Siang dan Karpal Singh, dua tokoh utama DAP telah tewas di kawasan mereka bertanding.

Di permulaan era Pak lah, Anwar Ibrahim telah dibebaskan dari penjara Sungai Buluh. Lantas Anwar Ibrahim telah menjadi ‘champion’ kepada kaum Cina, dengan menjanjikan akan memansuhkan dasar-dasar pro-Melayu/Bumiputra seperti DEB sekiranya beliau menjadi PM Malaysia. Beliau juga dipercayai sebagai dalang disebalik PAS meninggalkan perjuangan asal mereka untuk menegakkan Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud, demi untuk bersama dengan PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat. SEBENARNYA, sikap PETUALANG BANGSA Anwar Ibrahim lah faktor sebenar yang telah menarik sokongan ‘overwhelming majoriti’ kaum Cina untuk menyokong DAP/Pakatan pada PRU12.

Sejak Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, dan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, dasar perjuangan UMNO tidak pernah berubah sehingga sekarang. Malah, pegangan politik Tun Dr Mahathir hari ini, tidak ada bezanya dengan pegangan politik beliau semasa beliau masih lagi seorang penuntut jurusan perubatan di University of Malaya Singapura, semasa beliau hanya seorang ahli parlimen, malah semasa beliau menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Apa yang menarik, pemikiran politik Tun Dr Mahathir TIDAK ADA BEZANYA dengan pemikiran politik Ibrahim Ali dan PERKASA yang dipimpinnya.

Oleh itu, APA SEBENARNYA YANG TELAH BERUBAH kira-kita 6-12 bulan sebelum PRU12 pada bulan Mac 2008? Tidak ada perubahan kepada UMNO. Tidak ada perubahan kepada Tun Dr Mahathir. Belum ada PERKASA pada tahun 2008, kerana semasa PRU12, PERKASA masih belum ditubuhkan. Jadi apakah yang telah menyebabkan ‘Chinese Tsunami Gelombang Pertama’ pada PRU12 2008?

Jelas sekali, apa yang telah berubah 6-12 bulan sebelum PRU12 2008 ialah SIKAP PENGUNDI CINA, yang telah diberikan ‘false hope’ atau ‘harapan palsu’ oleh Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, bahawa dengan kerjasama PKR dan PAS, dan HINDRAF, DAP akhirnya akan berjaya mengalahkan UMNO. Dengan lain perkataan, parti Cina DAP…dengan sokongan Melayu PKR dan Melayu PAS….akan berjaya menumbangkan UMNO/BN, parti yang didominasi oleh kaum Melayu/Bumiputra, dari kuasa politik Malaysia. Sejak zaman 1940an lagi, kaum Cina melalui Parti Komunis Malaya(PKM) pimpinan Comrade Chin Peng, telah ‘mengidam’ untuk merebut kuasa di Tanah Melayu/Persekutuan Tanah Melayu dari genggaman kaum Melayu. Bagi mereka, bila ada PETUALANG BANGSA Melayu seperti Anwar Ibrahim, inilah masa paling sesuai untuk MENIKAM UMNO DARI BELAKANG.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, kemerosotan undi Cina terhadap BN mulai kira-kira 6-12 bulan sebelum PRU12 2008 tidak ada kaitan lansung dengan PERKASA pimpinan Ibrahim Ali. Malah, penubuhan PERKASA pada 2009, selepas PRU12 2008, adalah menepati ASPIRASI UMAT MELAYU pasca-PRU12 2008….bahawa, di dalam senario kaum Cina semakin berani dan vokal di menuntut supaya dihapuskan hak-hak Melayu dan apa saja rujukan kepada ‘kontrak sosial’, umat Melayu tidak ada pilihan lain selain dari perlu bangkit mempertahankan hak-hak mereka sebagaimana diperuntukkan di dalam Perlembagaan, dan selaras dengan Perjanjian ‘Kontrak Sosial’.

Mempertahankan Hak Melayu/Bumiputra BUKAN RASIS

May 19, 2013

Sebelum ini ada GOLONGAN KELIRU yang melabelkan perjuangan memartabatkan bangsa itu sebagai ‘assobiyyah’. Sedangkan ‘assobiyyah’ itu sebenarnya merujuk kepada SIKAP TAKSUB KEPADA KUMPULAN tertentu, tidak kira samada kumpulan itu ialah suatu bangsa, suatu parti politik, suatu persatuan, malah suatu kelompok yang lebih kecil. Malah, sebagaimana aku terangkan sebelum ini, sebuah parti yang menggunakan nama ‘Islam’ sekalipun boleh terjebak ke lembah ‘Asobiyyah’ sekiranya KETAKSUBAN kepada parti tersebut mendorong mereka berlaku tidak adil kepada  musuh-musuh politik mereka.

GOLONGAN KELIRU ini membuat kesilapan besar sekali lagi apabila sewenang-wenangnya melabelkan mereka-mereka yang mempertahankan perkara-perkara tertentu di dalam Perlembagaan sebagai RASIS. Sebagaimana ramai telah maklum, terdapat 183 ‘Articles’ di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, antaranya ialah Article 3, Article 152 dan Article 153, yang menyentuh tentang perkara-perkara seperti Agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan ‘Kedudukan istimewa Melayu/Bumiputra Sabah dan Sarawak’.

Perkara-perkara ini merupakan sebahagian dari ’embodiment’  KONTRAK SOSIAL di antara kaum-kaum terbesar di negara ini yang telah berlaku pada awal 1950an, beberapa tahun sebelum tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Melalui KONTRAK SOSIAL ini, umat Melayu bersetuju dengan desakan penjajah British untuk memberikan hak kerakyatan kepada 1,200,000 pendatang dari negara China, dan 300,000 pendatang dari India, DENGAN SYARAT, kaum pendatang yang diberikan hak kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu itu mengiktiraf KEDUDUKAN ISTIMEWA BANGSA MELAYU sebagai penduduk dan pemerintah asal negeri-negeri Tanah Melayu. Dari KONTRAK SOSIAL inilah lahirnya sistem pengenalan MELAYU/BUMIPUTRA dan BUKAN MELAYU/BUKAN BUMIPUTRA.

KONTRAK SOSIAL tersebut adalah suatu KONTRAK atau PERJANJIAN, yang tidak mempunyai had masa, dan berkuat-kuasa SELAMA-LAMANYA, kecuali jika kedua-dua pihak bersetuju untuk membatalkannya. Sekiranya hanya suatu pihak sahaja yang berhasrat untuk membatalkannya, KONTRAK tersebut akan terus berkuat-kuasa dan WAJIB DIPATUHI oleh anak cucu kedua-dua pihak. Dari keputusan PRU13 baru-baru ini, amat terang dan jelas, bahawa DAP dan PKR begitu ghairah berkempen untuk MENGHAPUSKAN identifikasi MELAYU/BUMIPUTRA dan BUKAN MELAYU/BUKAN BUMIPUTRA sebagaimana diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Dan amat terang dan jelas, KAUM CINA telah menyokong DAP dan PKR. Ini bermakna kaum Cina telah ‘default’ atau GAGAL MEMATUHI PERJANJIAN.

Apabila kaum Cina GAGAL MEMATUHI PERJANJIAN, adalah amat wajar bagi kaum Melayu menuntut supaya kaum Cina MENYERAHKAN BALIK KERAKYATAN, dan kembali ke negara asal nenek moyang mereka, Tanah Besar Cina.

Namun begitu, terdapat suatu ‘trend’ di kalangan parti-parti pembangkang, khususnya PKR dan DAP, dan media-media mereka, untuk melabelkan sesiapa sahaja yang cuba mempertahankan peruntukan-peruntukan Perlembagaan, khususnya melibatkan isu-isu agama dan bangsa, sebagai  RASIS. Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir tidak terlepas dari  dituduh RASIS. UMNO dituduh RASIS. Perkasa dituduh RASIS. Utusan Malaysia dituduh RASIS. Bekas Hakim Mahkamah Rayuan dituduh RASIS. Malah sesiapa sahaja yang cuba bersuara mempertahankan perkara-perkara tertentu di dalam Perlembagaan Malaysia akan dituduh RASIS.

Sebenarnya, penyokong-penyokong PKR dan DAP adalah GOLONGAN TERKELIRU. Tidak semua perbahasan yang merujuk kepada isu-isu bangsa itu tergolong di dalam RACISM atau ‘RASIS’. Hak-Hak Melayu/Bumiputra adalah di antara peruntukan-peruntukan penting di dalam Perlembagaan Persekutuan, berdasarkan KONTRAK SOSIAL sebagaimana telah dinyatakan. Hanya apabila DAP dan PKR mula mempersoalkan, mencabar dan berhasrat menghapuskan peruntukan-peruntukan tersebut, adalah menjadi TANGGUNG-JAWAB para pemimpin Melayu untuk MEMPERINGATKAN kembali kepada mereka apa yang telah dipersetujui oleh datuk nenek mereka, sebagai syarat datuk nenek mereka diberikan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu.

Oleh itu, mempertahankan Hak Melayu/Bumiputra BUKAN RASIS, tetapi adalah tindakan terpuji dan wajar, demi menjamin PEMATUHAN terhadap KONTRAK SOSIAL yang telah dipersetujui oleh NENEK MOYANG kepada bangsa Melayu, Cina dan India di negara ini.


%d bloggers like this: