Posted tagged ‘Roman Catholics’

Kalimah Allah – Umat Islam Akan TOLAK Sebarang Keputusan Memihak Kepada Roman Catholics

October 13, 2013

Semalam adalah hari penting bagi Wanita UMNO, Pemuda UMNO, Puteri UMNO, malah UMNO, umat Melayu dan umat Islam di Malaysia. Keputusan pemilihan Jawatankuasa Pusat Wanita, Pemuda dan Puteri, akan menentukan halatuju perjuangan UMNO membela agama, bangsa dan negara kini dan di masa akan datang.

Tahniah kepada DS Shahrizat, YB Khairy Jamaluddin dan YB Mas Ermieyati, di atas mandat yang telah diberikan kepada mereka untuk mengetuai Wanita UMNO, Pemuda UMNO dan Puteri UMNO. Semoga amanah mempertahankan, memartabatkan dan memperkasakan umat Melayu/Islam, selain dari negara Malaysia, akan dipikul oleh mereka dengan sebaik-baiknya, bak kata pepatah Melayu, ‘Bagai menatang minyak yang penuh’.

Belum pun sempat YB Khairy tidur lena, besok akan muncul CABARAN AMAT BESAR terhadap umat Melayu/Islam, yang dengan penuh debaran menunggu keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya, berhubung isu penggunaan KALIMAH ALLAH. Keputusan Mahkamah Tinggi, yang dihakimkan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi beragama BUKAN ISLAM sebelum ini telah memutuskan bahawa penganut Kristian dibenarkan menggunakan KALIMAH ALLAH, termasuk di dalam Injil versi Bahasa Melayu. Berikutan itu, Kementerian Dalam Negeri telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan ‘against’ keputusan Mahkamah Tinggi, bermakna KDN mahukan KALIMAH ALLAH kekal untuk digunakan hanya oleh umat Islam.

Sebagaimana aku telah nyatakan dengan jelas dan terang sebelum ini, umat Islam merasa amat tercabar bila keputusan berhubung penggunaan KALIMAH ALLAH dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil, oleh seorang Hakim bukan Islam. Malah umat Islam rata-rata mempertikaikan APA TIDAK KENA dengan sistem kehakiman negara kita sehingga isu-isu sensitif seperti penggunaan KALIMAH Allah layak dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil. Sewajarnya hal-hal berkaitan AGAMA ISLAM, termasuk penggunaan KALIMAH ALLAH dirujuk kepada Mahkamah Tinggi Syariah, yang kedudukannya ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan Mahkamah Tinggi Sivil.

Kita amat SEDIH dengan pendirian TIDAK KONSISTAN kepimpinan PAS berhubung isu ini. Lebih mendukacitakan jika pendirian PAS dipengaruhi oleh pertimbangan ‘tahalluf siasiyy’ parti ‘Islam’ ini dengan PKR dan DAP. Sebahagian besar kepimpinan DAP Pusat adalah dari kalangan penganut Kristian, jadi kita tidak terlalu terkejut dengan pendirian mereka. Namun begitu, pendirian Hj Hadi, Presiden PAS dan Anwar Ibrahim, Penasihat PKR, di dalam isu ini amat mengecewakan umat Islam.

Apa sekalipun yang dihujahkan oleh Hj Hadi dan Anwar Ibrahim, yang jelas dan nyata ialah bahawa OVERWHELMING MAJORITY penganut Kristian tidak pernah menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai Tuhan mereka. Tanya penganut Kristian di Kota Vatican, pusat agama Kristian mazhab Roman Catholics sedunia, mereka akan jawab nama Tuhan mereka BUKAN Allah. Tanya juga penganut-penganut Kristian di negara-negara Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan, mereka juga akan menolak sebarang cadangan bahawa nama Tuhan mereka ialah Allah.

Kalau penganut Kristian di negara-negara majoriti penganut Kristian sendiri TIDAK menggunakan kalimah Allah sebagai nama Tuhan mereka, KENAPA kita perlu membenarkan penganut Kristian di Malaysia menggunakan kalimah ALLAH? Apakah kerana pengaruh DAP dan ‘tahalluf siasiyy’ BODOH PAS dengan DAP dan PKR?

APA SEKALI PUN keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya besok hari, umat Islam akan MENOLAK sebarang keputusan yang memihak kepada penganut Kristian, jika perlu dengan JIWA DAN RAGA mereka. Bagi umat Islam, memperakui KEESAAN ALLAH adalah sebahagian dari RUKUN ISLAM yang pertama, selain dari memperakui bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah. Mensyirikkan Allah, atau mempersekutukan Allah dengan kuasa-kuasa lain, sebagaimana dipegang oleh penganut Kristian, adalah PERBUATAN SYIRIK, dan DOSA PALING BESAR, yang tidak diampunkan oleh Allah swt.

Ini adalah UJIAN PERTAMA TERBESAR bagi Shahrizat Ketua Wanita UMNO, Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda, dan Mas Ermiewati Ketua Puteri. Kepimpinan yang diberikan kepada mereka adalah AMANAH yang diletakkan ke atas bahu mereka. Kepimpinan mereka dituntut oleh umat Melayu/Islam di dalam menghadapi keputusan Mahkamah Rayuan besok hari….jangan sekali-kali mengharapkan NGO Melayu/Islam untuk memimpin UMMAH di dalam isu-isu sebesar ini.

Advertisements

Isu Kalimah ALLAH – Melucukan Apabila Status Kalimah ALLAH Diputuskan Oleh Mahkamah Sivil

August 22, 2013

Kita membaca berbagai komen dari rakan-rakan bloggers berkenaan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini di dalam isu penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian mazhab Roman Catholics.

Apa yang sedikit melucukan ialah banyak rakan bloggers yang seolah-olah salah faham dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, sehingga ada yang seolah-olah ‘bersorak kemenangan’. Ada bloggers yang ‘mendendangkan’ bahawa Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan kalimah ALLAH adalah exclusive untuk kegunaan penganut Islam sahaja.

Sedangkan keputusan hari ini hanyalah sekadar mengenepikan HALANGAN yang cuba diletakkan di laluan pihak Kementerian Dalam Negeri di dalam proses mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan bulan depan untuk ‘overturn’ suatu keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang telah MEMBENARKAN Gereja Catholics menggunakan kalimah ALLAH di dalam Injil versi bahasa Melayu.

Berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini, yang dihakimkan oleh seorang Hakim bukan Islam, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian, termasuk di dalam Injil versi bahasa Melayu.

Kita kurang pasti siapakah barisan para peguam Kementerian Dalam Negeri ketika itu, sehingga penggunaan kalimah ALLAH boleh jatuh ke tangan penganut Kristian.

Persoalan aku ialah, di dalam seramai-ramai peguam Muslim di Malaysia(aku percaya lebih dari 50% adalah keluaran UIAM), tidak adakah yang cukup hebat untuk mempersoalkan apakah Mahkamah Tinggi(Sivil) sebenarnya mempunyai kuasa dan kelayakan untuk memutuskan STATUS penggunaan kalimah ALLAH…..terfikir di kepala aku, andainya Karpal Singh adalah seorang beragama Islam, aku yakin dan percaya dia akan ‘ada jalan’ untuk memaksa perbicaraan berkenaan kalimah ALLAH dipindahkan ke Mahkamah Syariah.

Aku tidak bermaksud untuk memperlekehkan peguam-peguam keluaran UIAM…..aku sekadar ingin mencabar mereka supaya LEBIH KREATIF di dalam menterjemahkan atau menghujjahkan isu-isu perundangan. Sila mendalami sedalam-dalamnya segala peruntukan Perlembagaan dan Perundangan Negara, supaya, sebelum 10 September 2013, ada usaha dibuat untuk memaksa kes melibatkan kalimah ALLAH ini dipindahkan ke Mahkamah Syariah.

Amat TIDAK MASUK AKAL, malah AMAT MELUCUKAN, bila seorang hakim bukan Islam membuat keputusan di Mahkamah Tinggi berkaitan penggunaan kalimah ALLAH.

Isu Kalimah Allah – Hak Mutlak Islam, Tetapi…..

August 18, 2013

‘Kalimah ALLAH hak mutlak Islam’, inilah ‘headline’ suatu berita di dalam Mingguan Malaysia hari ini, yang dikaitkan dengan suatu kenyataan oleh Menteri Dalam Negeri, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi, semasa merasmikan Majlis Rumah Terbuka Pengasih semalam.

Isu kalimah ALLAH ini timbul semula kerana pada 22 Ogos ini, Mahkamah Rayuan akan memutuskan samada penganut Kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH, termasuk di dalam injil-injil versi Bahasa Melayu mereka.

Persoalannya, apakah reaksi umat Islam SEKIRANYA Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang memihak kepada Roman Catholics Archbishop, TS Murphy Pakian? Dan sekiranya umat Islam menentang sebarang keputusan sedemikian, apakah umat Islam akan dituduh di bawah ‘CONTEMPT OF COURT’ atau MENGHINA MAHKAMAH?

PERSOALAN LEBIH BESAR bagi aku bukanlah samada keputusan Mahkamah Rayuan akan memihak kepada rayuan Archbishop Kristian itu atau tidak. PERSOALAN LEBIH BESAR di dalam kepala aku, juga kepada umat Islam seluruhnya, ialah, KENAPA isu yang begitu asas di dalam agama Islam dibicarakan di dalam Mahkamah Sivil, bukan di Mahkamah Syariah.

Aku menimbulkan PERSOALAN LEBIH BESAR ini adalah memandangkan tidak semua Hakim Mahkamah Rayuan arif dengan hukum-hakam Islam, apatah lagi terdapat juga Hakim Mahkamah Rayuan terdiri dari bukan Islam.

Sewajarnya, sebelum tarikh 22 Ogos 2013 ini, Menteri Dalam Negeri wajar memohon penangguhan perbicaraan kes tersebut, dan memohon supaya kes tersebut DIPINDAHKAN ke Mahkamah Syariah.

Sekiranya kes rayuan tersebut dibicarakan di Mahkamah Rayuan, apa sekalipun keputusannya, aku berani cakap bahawa SOMETHING IS VERY WRONG WITH OUR CONSTITUTION, atau SOMETHING IS VERY WRONG WITH THE INTERPRETATION OF OUR CONSTITUTION.

Malah aku berani cakap, dengan membenarkan isu KALIMAH ALLAH ditentukan oleh MAHKAMAH RAYUAN(CIVIL) adalah suatu bentuk PENGHINAAN ke atas kalimah suci ALLAH, ketauhidan ALLAH swt, dan ke atas ISLAM itu sendiri.

Khalayak Ramai Umat Islam LEBIH CEPAT FAHAM Isu Kalimah Allah Dari ULAMA POLITIK

February 4, 2013

Isu penggunaan kalimah Allah nampaknya belum reda, bukan di kalangan khalayak umat Islam, tetapi di kalangan mereka yang dianggap ‘ulama’ dan berpendidikan tinggi agama.

Amat memeranjatkan bila kita mendapati kalangan khalayak ramai umat Islam lebih mudah memahami PERSOALAN POKOK di dalam isu kalimah ALLAH. Mereka faham bahawa maksud kenyataan Presiden PAS Haji Hadi pada 8 Januari 2013, di hadapan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang,  adalah BERBEZA dengan maksud kenyataan Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari 2013.

Khalayak ramai umat Islam juga faham bahawa maksud kenyataan-kenyataan Mursyidul Am PAS Nik Aziz sebelum 13 Januari 2013 juga adalah BERBEZA dengan maksud kenyataan Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari 2013.

Khalayak ramai umat Islam dengan mudah boleh membuat ‘conclusion’ bahawa kedua-dua pemimpin tertinggi PAS, Presiden Haji Hadi dan Mursyidul Am Nik Aziz, telah membuat U-TURN di dalam isu penggunaan kalimah Allah.

Namun begitu, kalau kita kaji kenyataan rasmi Majlis Syura Ulama PAS, di penghujung kenyataan bertulis tersebut ada dimasukkan ayat,      ” Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS”. Ayat ini sebenarnya cuba memberi maksud bahawa sebelum 13 Januari, Hj Hadi dan Nik Aziz, telah berpegang kepada kefahaman dan pendirian yang sama dengan pendirian Majlis Syura Ulama PAS…..tetapi khalayak ramai umat Islam telah ‘salah faham’ kenyataan-kenyatan mereka.

Pada pandangan aku, sememangnya isu penggunaan kalimah Allah telah DICELARUKAN oleh sebahagian dari golongan ‘ulama’ sendiri, termasuk tokoh-tokoh seperti Dr Mohd Asri, bekas mufti Perlis, sehingga beliau dengan penuh BANGANG, mencadangkan senikata lagu Negeri Selangor di mana terdapat kalimah Allah ditukarkan kepada ‘Tuhan’, bagi mengelakkan kaum bukan Islam dari menyebut kalimah Allah. Ini seolah-olah sengaja mengalihkan fokus  perdebatan dari PERSOALAN POKOK sebenarnya.

Inilah sebenarnya yang telah MENCELARUKAN pemikiran Hj Hadi dan Nik Aziz. Mereka begitu lemah tahap akal dan pemikiran sehingga tidak dapat menumpukan pemikiran mereka kepada PERSOALAN POKOK sebenarnya. Sedangkan khalayak ramai umat Islam dengan begitu mudah dapat memahami bahawa  PERSOALAN POKOK  sebenarnya  ialah ‘apakah BOLEH ATAU TIDAK BOLEH penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH di dalam bible versi bahasa Melayu mereka’.

Tidak sewajarnya ada pihak yang cuba MENCELARUKAN perdebatan dengan menukar premis perdebatan kepada ‘apakah bukan Islam lansung dilarang dari menyebut kalimah Allah?’. Kita tidak ada masalah orang bukan Islam menyebut kalimah Allah apabila menyanyikan lagu rasmi Negeri Selangor, kerana kalimah Allah di dalam lagu tersebut merujuk kepada Tuhan yang disembah oleh umat Islam. Kita tidak menghalang orang bukan Islam menyebut kalimah Allah apabila bertanya kepada kita ‘boleh ke telangkan kepada gua apa itu Allah?’. Kita juga tidak menghalang sesiapa sahaja menyebut kalimah Allah, selagi kalimah Allah yang disebutnya itu merujuk kepada Tuhan yang disembah oleh umat Islam.

Kita cuma MENENTANG kalimah Allah dijadikan nama tuhan penganut Kristian. Di dalam kes ini, kita bukan sahaja menentang mereka menggunakan kalimah ALLAH di dalam bible versi bahasa Melayu mereka….tapi kita juga menentang mereka MENYEBUT kalimah Allah, sekiranya sebutan itu dikaitkan dengan konsep ketuhanan mereka yang berasaskan konsep TRINITY, iaitu ‘TIGA TUHAN DALAM SATU’.

Isu Kalimah Allah Memberi PETUNJUK Kepada PAS, Siapa Kawan dan Siapa Lawan

January 24, 2013

Hari ini, umat Islam di seluruh dunia memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. hampir 1,500 tahun yang lalu. Kepada umat Islam di seluruh dunia, khususnya di NEGARA ISLAM Malaysia ini, aku ucapkan Selamat Menyambut Maulidur-Rasul.

Kita tidak perlu diperingatkan lagi bahawa Nabi Muhammad s.a.w., walaupun dilahirkan di kalangan bangsa Arab di bumi Mekkah, baginda adalah Rasulullah terakhir dari rantaian Rasullah-Rasulullah yang telah diutuskan untuk seluruh umat manusia, bermula dari Nabi Adam a.s., Nabi Idris a.s., Nabi Nuh a.s., Nabi Idris a.s. dan seterusnya Rasulullah-Rasulullah terkemudian termasuk Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ishak a.s., Nabi Ismail a.s., Nabi Musa a.s. dan  Nabi Isa a.s.(yang dianggap oleh penganut Kristian sebagai  ‘anak tuhan’ atau ‘Son of God’).

Kita semua juga telah arif bahawa MISI UTAMA para Rasulullah diutuskan kepada umat manusia ialah untuk mengajak manusia MENYEMBAH ALLAH YANG SATU, dan supaya TIDAK MENSYIRIKKAN ALLAH dengan ‘tuhan-tuhan’ palsu.

Malang sekali bagi penganut-penganut Kristian, ajaran Nabi Isa a.s. yang juga mengajak kaumnya, kaum Yahudi, menyembah ALLAH YANG SATU telah diselewengkan oleh Maharaja-Maharaja Rom, yang telah mengasaskan ajaran Kriatian mazhab ROMAN CATHOLICS kira-kira 300 tahun setelah peristiwa Nabi Isa a.s. ‘disalib’. Ajaran Kristian mazhab Roman Catholics sebenarnya adalah gabungan sebahagian ajaran asal Nabi Isa a.s. dengan ajaran-ajaran agama lama bangsa Rome yang telah lama mempercayai ‘multi-gods’ atau ‘tuhan yang banyak’, termasuk konsep ‘anak tuhan’. Dari pengaruh agama lama bangsa Rome inilah lahirnya konsep ketuhanan TRINITY, atau ‘tiga tuhan dalam satu’, yang menjadi asas kepercayaan penganut Kristian hari ini.

Walaupun kita umat Islam diwajibkan mempercayai sejarah kewujudan para Rasulullah-Rasulullah dari Nabi Adam a.s. sehingga Rasulullah terakhir, Nabi Muhammad s.a.w., kita juga diberi kefahaman bahawa setelah Rasulullah-Rasulullah sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. diwafatkan, selepas tempoh tertentu, pengikut-pengikut mereka telah menokok-tambah ajaran-ajaran asal mereka, sebagaimana Maharaja-Maharaja Rome yang telah MENOKOK-TAMBAH ajaran asal Nabi Isa a.s. sehinga menjadi apa yang dipanggil agama Kristian mazhab Roman Catholics.

Berbalik kepada isu penggunaan KALIMAH ALLAH yang begitu hangat diperdebatkan di pentas politik Malaysia menjelang PRU13, umat Islam begitu lega apabila Majlis Syura Ulama PAS akhirnya membuat keputusan muktamad bahawa Kalimah Allah TIDAK BOLEH DIGUNAKAN di dalam bible bersi bahasa Melayu. Pendirian ini adalah selaras dengan  pendirian yang telah lama dipegang dan dipertahankan oleh UMNO, NGO-NGO Melayu/Islam, malah ‘overwhelming majority’ umat Islam.

Bersyukur kita semua kepada Allah s.w.t. bahawa walaupun PAS telah terlanjur menggadai beberapa dasar-dasar perjuangannya yang asal di atas dasar ‘tahalluf siasiyy’ dengan DAP dan PKR, PAS telah terselamat dari mengikut telunjuk DAP dan PKR  di dalam isu penggunaan kalimah Allah. Malah aku percaya, percubaan DAP dan PKR yang jelas GAGAL di dalam isu penggunaan KALIMAH ALLAH memberi petunjuk yang jelas kepada PAS, SIAPA KAWAN dan SIAPA LAWAN sebenar di dalam meneruskan perjuangan mereka di Malaysia.

Sukar Untuk Percaya LESEN CETAK Bible Bahasa Melayu Telah Dikeluarkan….

January 22, 2013

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Kementerian Dalam Negeri memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik balik lesen percetakan terhadap pengeluaran Bible versi bahasa Melayu sekiranya isu penggunaan kalimah Allah itu menjejaskan kestabilan dan keamanan negara. Menurut Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, pihaknya sedang memantau semua perkembangan serta pelbagai desakan berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

“Kita lihat kesahihannya terlebih dulu dan pihak yang bertanggungjawab. Jika sesuatu isu membabitkan politik, agama dan perkauman, yang paling asas adalah bagaimana isu itu boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam…Tanggungjawab kementerian memastikan keamanan negara terjamin,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan program Unit Rondaan Bermotosikal (URB) kawasan Ampang, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas desakan pelbagai pihak supaya pihak berkuasa menarik balik lesen dan menghentikan percetakan Bible versi bahasa Melayu…….. – Utusan Malaysia

Di atas adalah ‘extract’ dari salah satu berita utama sebagaimana dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia semalam. Aku bagaikan tidak percaya dengan paparan berita sebegini, dan sekiranya ia tepat, menimbulkan banyak tanda-tanya di kalangan umat Islam.

Sejak bermula tahun baru 2013, umat Islam di Malaysia amat TERCABAR dengan kenyataan Lim Guan Eng menggesa Kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan di dalam bible versi bahasa Melayu. Rata-rata ‘overwhelming’ majority umat Islam menentang, sehingga memaksa Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan muktamad untuk TIDAK MEMBENARKAN kalimah ALLAH digunakan di dalam bible versi bahasa Melayu. Keputusan Majlis Syura Ulama PAS memberikan mesej yang amat jelas kepada DAP dan PKR, bahawa, umat Islam di Malaysia BERSATU HATI di dalam isu penggunaan kalimah ALLAH.

Sepanjang polemik isu penggunaan kalimah ALLAH, yang telah bermula pada tahun 2010, dan dihidupkan semula oleh Lim Guan Eng menjelang tahun baru 2013, umat Islam hanya membincangkan soal penggunaan kalimah ALLAH. Tidak ada perbincangan tentang LESEN CETAK dan seumpamanya. Umat Islam tidak menimbulkan isu LESEN CETAK, kerana mereka  yakin dan percaya bahawa  Kerajaan amat peka dengan sensitiviti umat Islam, dan TENTANGAN umat Islam terhadap sebarang penggunaan kalimah ALLAH di dalam bible versi bahasa Melayu. jadi tidak pernah terlintas di hati sanubari mereka bahawa Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan sebarang lesen untuk mencetak bible versi bahasa Melayu di negara ini.

Namun begitu, kenyataan DS Hishamuddin Tun Hussein semalam menimbulkan TANDA-TANYA, apakah Kementerian Dalam Negeri sebelum ini telah mengeluarkan sebarang LESEN CETAK kepada mana-mana pihak untuk mencetak bible versi bahasa Melayu yang memuatkan kalimah ALLAH???? Aku harap aku telah tersilap faham paparan berita Utusan sebagaimana di atas. Aku harap Utusan telah tersilap lapur kenyataan Dato’ Menteri. Di dalam umat Islam berbagai lapisan masih ‘berperang’ untuk menepis percubaan penganut agama Kristian Roman Catholic, yang mendapat sokongan kuat DAP dan PKR, untuk menggunakan kalimah ALLAH di dalam bible versi bahasa Melayu, umat Islam amat terkejut, malah SUKAR UNTUK PERCAYA bahawa ada pihak yang telah mengeluarkan LESEN CETAK untuk mencetak bible versi bahasa Melayu yang menggunakan kalimah ALLAH. Kalau sudah cetak, sudah tentu akan diikuti oleh usaha-usaha mengedarkan bible tersebut di kalangan umat Islam, sebagaimana telah mula dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pulau Pinang.

Sekiranya paparan berita tersebut tidak benar, dan tidak ada lesen mencetak bible versi bahasa Melayu telah dikeluarkan kepada pihak-pihak tertentu, apa logicnya DS Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan berbentuk amaran untuk ‘menarik balik lesen percetakan terhadap pengeluaran Bible versi bahasa Melayu’????

Sekiranya BENAR bahawa lesen-lesen percetakan telah dikeluarkan kepada pihak-pihak tertentu, pihak bertanggung-jawab tidak ada pilihan lain selain dari MENARIK BALIK lesen-lesen tersebut, kerana pengeluaran lesen-lesen tersebut adalah suatu langkah ‘jump the gun’, atau suatu langkah yang mendahului isu kalimah ALLAH diputuskan secara muktamad baik dari sudut politik, agama atau perundangan.

Bagi umat Islam, KEPUTUSAN MUKTAMAD telah dibuat oleh umat Islam dari berbagai latar-belakang fahaman politik bahawa kalimah ALLAH tidak boleh sekali-kali digunakan di dalam bible versi bahasa Melayu.

Sampai Masanya Umat Islam Indonesia, Sabah dan Sarawak, MENOLAK Penggunaan Kalimah ALLAH di Dalam Bible Bahasa Melayu

January 14, 2013

Walaupun Semenanjung Tanah Melayu pernah dijajah oleh bangsa-bangsa Eropah beragama Kristian, bermula dari Portugis, Belanda dan akhirnya Inggeris, umat Islam di Semenanjung Tanah Melayu agak terlindung dari pengaruh agama Kristian. Sehingga keseluruhan umat Melayu beragama Islam, malah Perlembagaan negara kita juga menggariskan bahawa salah satu syarat untuk diiktiraf sebagai Melayu ialah menganut agama Islam.

Di antara faktor ketahanan umat Melayu di dalam mempertahankan pegangan agamanya ialah PERLINDUNGAN dari sudut undang-undang yang terdapat di negara ini, antaranya ialah tidak membenarkan kalimah ALLAH digunakan oleh agama lain, khususnya agama Kristian Roman Catholics. Di negara kita juga terdapat undang-undang di peringkat negeri-negeri yang boleh dikuat-kuasakan bagi menghalang sebarang usaha untuk menyebarkan agama-agama lain di kalangan umat Islam.

Setahu kita, umat Islam di Indonesia amat kuat pegangan agamanya, hasil dari pembentukan-pembentukan institusi-institusi agama seperti pesantren-pesantren yang telah diasaskan oleh pendakwah-pendakwah terkenal zaman silam seperti WALI SONGO, atau WALI SEMBILAN. Namun, kita tetap khuatir, sekiranya kubu-kubu kekuatan Islam ini tidak dilindungi dengan KUASA POLITIK dan PERLINDUNGAN UNDANG-UNDANG, besar kemungkinan ianya akan hancur menyembah bumi, berhadapan dengan ‘senjata-senjata moden’ yang bertambah canggih. Apatah lagi jika musuh-musuh Islam menyusup masuk ke kubu-kubu pertahanan kita menggunakan ‘simbul-simbul Islam’ seperti memakai pakaian yang sama dengan umat islam, menggunakan istilah-istilah agama yang sama seperti ‘kitab’, ‘Allah’, ‘jemaah’ dan sebagainya….

Jangan kita lupa bahawa bumi Filipina, dari Luzon ke Mindanao, itu asalnya bumi-bumi umat Islam. Telah terdapat kesultanan-kesultanan Melayu di Luzon dan Mindanao sebelum ketibaan kuasa Sepanyol….lihatlah apa telah terjadi kepada bumi Filipina sekarang….umat Islam sudah tidak sampai 10% keseluruhan penduduk Filipina. Apa yang lebih trajis menimpa umat islam di Champa, di mana terletaknya Kerajaan Melayu Champa suatu masa yang silam…..apabila tidak ada lagi PERLINDUNGAN  kuasa politik, umat Islam di sana di masa ini ‘seperti melukut di tepi gantang’ kedudukannya.

Masih belum terlambat untuk umat Islam di Indonesia, Sabah dan Sarawak untuk berbuat sesuatu demi mengekalkan ketahanan dan kekuatan umat Islam, antaranya ialah dengan mendesak kerajaan-kerajaan mereka MENARIK BALIK sebarang keizinan penggunaan kalimah ALLAH di dalam bible versi bahasa Melayu….bukan terlalu susah untuk memaksa para pemimpin menarik balik keputusan-keputusan yang boleh merugikan Islam….Majlis Syura Ulama PAS telah membuktikannya.

 


%d bloggers like this: