Posted tagged ‘Rome’

Kalimah Allah – Umat Islam Akan TOLAK Sebarang Keputusan Memihak Kepada Roman Catholics

October 13, 2013

Semalam adalah hari penting bagi Wanita UMNO, Pemuda UMNO, Puteri UMNO, malah UMNO, umat Melayu dan umat Islam di Malaysia. Keputusan pemilihan Jawatankuasa Pusat Wanita, Pemuda dan Puteri, akan menentukan halatuju perjuangan UMNO membela agama, bangsa dan negara kini dan di masa akan datang.

Tahniah kepada DS Shahrizat, YB Khairy Jamaluddin dan YB Mas Ermieyati, di atas mandat yang telah diberikan kepada mereka untuk mengetuai Wanita UMNO, Pemuda UMNO dan Puteri UMNO. Semoga amanah mempertahankan, memartabatkan dan memperkasakan umat Melayu/Islam, selain dari negara Malaysia, akan dipikul oleh mereka dengan sebaik-baiknya, bak kata pepatah Melayu, ‘Bagai menatang minyak yang penuh’.

Belum pun sempat YB Khairy tidur lena, besok akan muncul CABARAN AMAT BESAR terhadap umat Melayu/Islam, yang dengan penuh debaran menunggu keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya, berhubung isu penggunaan KALIMAH ALLAH. Keputusan Mahkamah Tinggi, yang dihakimkan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi beragama BUKAN ISLAM sebelum ini telah memutuskan bahawa penganut Kristian dibenarkan menggunakan KALIMAH ALLAH, termasuk di dalam Injil versi Bahasa Melayu. Berikutan itu, Kementerian Dalam Negeri telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan ‘against’ keputusan Mahkamah Tinggi, bermakna KDN mahukan KALIMAH ALLAH kekal untuk digunakan hanya oleh umat Islam.

Sebagaimana aku telah nyatakan dengan jelas dan terang sebelum ini, umat Islam merasa amat tercabar bila keputusan berhubung penggunaan KALIMAH ALLAH dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil, oleh seorang Hakim bukan Islam. Malah umat Islam rata-rata mempertikaikan APA TIDAK KENA dengan sistem kehakiman negara kita sehingga isu-isu sensitif seperti penggunaan KALIMAH Allah layak dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil. Sewajarnya hal-hal berkaitan AGAMA ISLAM, termasuk penggunaan KALIMAH ALLAH dirujuk kepada Mahkamah Tinggi Syariah, yang kedudukannya ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan Mahkamah Tinggi Sivil.

Kita amat SEDIH dengan pendirian TIDAK KONSISTAN kepimpinan PAS berhubung isu ini. Lebih mendukacitakan jika pendirian PAS dipengaruhi oleh pertimbangan ‘tahalluf siasiyy’ parti ‘Islam’ ini dengan PKR dan DAP. Sebahagian besar kepimpinan DAP Pusat adalah dari kalangan penganut Kristian, jadi kita tidak terlalu terkejut dengan pendirian mereka. Namun begitu, pendirian Hj Hadi, Presiden PAS dan Anwar Ibrahim, Penasihat PKR, di dalam isu ini amat mengecewakan umat Islam.

Apa sekalipun yang dihujahkan oleh Hj Hadi dan Anwar Ibrahim, yang jelas dan nyata ialah bahawa OVERWHELMING MAJORITY penganut Kristian tidak pernah menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai Tuhan mereka. Tanya penganut Kristian di Kota Vatican, pusat agama Kristian mazhab Roman Catholics sedunia, mereka akan jawab nama Tuhan mereka BUKAN Allah. Tanya juga penganut-penganut Kristian di negara-negara Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan, mereka juga akan menolak sebarang cadangan bahawa nama Tuhan mereka ialah Allah.

Kalau penganut Kristian di negara-negara majoriti penganut Kristian sendiri TIDAK menggunakan kalimah Allah sebagai nama Tuhan mereka, KENAPA kita perlu membenarkan penganut Kristian di Malaysia menggunakan kalimah ALLAH? Apakah kerana pengaruh DAP dan ‘tahalluf siasiyy’ BODOH PAS dengan DAP dan PKR?

APA SEKALI PUN keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya besok hari, umat Islam akan MENOLAK sebarang keputusan yang memihak kepada penganut Kristian, jika perlu dengan JIWA DAN RAGA mereka. Bagi umat Islam, memperakui KEESAAN ALLAH adalah sebahagian dari RUKUN ISLAM yang pertama, selain dari memperakui bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah. Mensyirikkan Allah, atau mempersekutukan Allah dengan kuasa-kuasa lain, sebagaimana dipegang oleh penganut Kristian, adalah PERBUATAN SYIRIK, dan DOSA PALING BESAR, yang tidak diampunkan oleh Allah swt.

Ini adalah UJIAN PERTAMA TERBESAR bagi Shahrizat Ketua Wanita UMNO, Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda, dan Mas Ermiewati Ketua Puteri. Kepimpinan yang diberikan kepada mereka adalah AMANAH yang diletakkan ke atas bahu mereka. Kepimpinan mereka dituntut oleh umat Melayu/Islam di dalam menghadapi keputusan Mahkamah Rayuan besok hari….jangan sekali-kali mengharapkan NGO Melayu/Islam untuk memimpin UMMAH di dalam isu-isu sebesar ini.

Advertisements

Khalayak Ramai Umat Islam LEBIH CEPAT FAHAM Isu Kalimah Allah Dari ULAMA POLITIK

February 4, 2013

Isu penggunaan kalimah Allah nampaknya belum reda, bukan di kalangan khalayak umat Islam, tetapi di kalangan mereka yang dianggap ‘ulama’ dan berpendidikan tinggi agama.

Amat memeranjatkan bila kita mendapati kalangan khalayak ramai umat Islam lebih mudah memahami PERSOALAN POKOK di dalam isu kalimah ALLAH. Mereka faham bahawa maksud kenyataan Presiden PAS Haji Hadi pada 8 Januari 2013, di hadapan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang,  adalah BERBEZA dengan maksud kenyataan Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari 2013.

Khalayak ramai umat Islam juga faham bahawa maksud kenyataan-kenyataan Mursyidul Am PAS Nik Aziz sebelum 13 Januari 2013 juga adalah BERBEZA dengan maksud kenyataan Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari 2013.

Khalayak ramai umat Islam dengan mudah boleh membuat ‘conclusion’ bahawa kedua-dua pemimpin tertinggi PAS, Presiden Haji Hadi dan Mursyidul Am Nik Aziz, telah membuat U-TURN di dalam isu penggunaan kalimah Allah.

Namun begitu, kalau kita kaji kenyataan rasmi Majlis Syura Ulama PAS, di penghujung kenyataan bertulis tersebut ada dimasukkan ayat,      ” Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS”. Ayat ini sebenarnya cuba memberi maksud bahawa sebelum 13 Januari, Hj Hadi dan Nik Aziz, telah berpegang kepada kefahaman dan pendirian yang sama dengan pendirian Majlis Syura Ulama PAS…..tetapi khalayak ramai umat Islam telah ‘salah faham’ kenyataan-kenyatan mereka.

Pada pandangan aku, sememangnya isu penggunaan kalimah Allah telah DICELARUKAN oleh sebahagian dari golongan ‘ulama’ sendiri, termasuk tokoh-tokoh seperti Dr Mohd Asri, bekas mufti Perlis, sehingga beliau dengan penuh BANGANG, mencadangkan senikata lagu Negeri Selangor di mana terdapat kalimah Allah ditukarkan kepada ‘Tuhan’, bagi mengelakkan kaum bukan Islam dari menyebut kalimah Allah. Ini seolah-olah sengaja mengalihkan fokus  perdebatan dari PERSOALAN POKOK sebenarnya.

Inilah sebenarnya yang telah MENCELARUKAN pemikiran Hj Hadi dan Nik Aziz. Mereka begitu lemah tahap akal dan pemikiran sehingga tidak dapat menumpukan pemikiran mereka kepada PERSOALAN POKOK sebenarnya. Sedangkan khalayak ramai umat Islam dengan begitu mudah dapat memahami bahawa  PERSOALAN POKOK  sebenarnya  ialah ‘apakah BOLEH ATAU TIDAK BOLEH penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH di dalam bible versi bahasa Melayu mereka’.

Tidak sewajarnya ada pihak yang cuba MENCELARUKAN perdebatan dengan menukar premis perdebatan kepada ‘apakah bukan Islam lansung dilarang dari menyebut kalimah Allah?’. Kita tidak ada masalah orang bukan Islam menyebut kalimah Allah apabila menyanyikan lagu rasmi Negeri Selangor, kerana kalimah Allah di dalam lagu tersebut merujuk kepada Tuhan yang disembah oleh umat Islam. Kita tidak menghalang orang bukan Islam menyebut kalimah Allah apabila bertanya kepada kita ‘boleh ke telangkan kepada gua apa itu Allah?’. Kita juga tidak menghalang sesiapa sahaja menyebut kalimah Allah, selagi kalimah Allah yang disebutnya itu merujuk kepada Tuhan yang disembah oleh umat Islam.

Kita cuma MENENTANG kalimah Allah dijadikan nama tuhan penganut Kristian. Di dalam kes ini, kita bukan sahaja menentang mereka menggunakan kalimah ALLAH di dalam bible versi bahasa Melayu mereka….tapi kita juga menentang mereka MENYEBUT kalimah Allah, sekiranya sebutan itu dikaitkan dengan konsep ketuhanan mereka yang berasaskan konsep TRINITY, iaitu ‘TIGA TUHAN DALAM SATU’.

Isu Kalimah Allah, Hujjah UFB Kurang Mantap

January 2, 2013

Kita semua boleh bersetuju, bahawa Ustaz Fathul Bari(UFB) dan rakan-rakannya di dalam ILMU, telah banyak memberikan sumbangan kepada ‘pemikiran politik Islam’ yang lebih hampir kepada kebenaran. Aku salah seorang pengkagum beliau dan amat bersetuju dengan kenyataan-kenyataan beliau, terutamanya di dalam ilmu ‘siasah syariyyah’ atau ‘politik berlandaskan syariah’. Namun begitu, itu tidak bermakna aku bersetuju dengan setiap pendiriannya di dalam setiap isu.

Aku baru menonton suatu video clip di  Abu Aqif Studio blogspot, di mana Ustaz Fathul Bari(UFB) ada menjawab suatu soalan berhubung isu penggunaan KALIMAH ALLAH oleh penganut Kristian. UFB memberikan hujjah-hujjah mengapa kita perlu menolak penggunaan KALIMAH ALLAH di dalam injil versi Bahasa Melayu, sebagaimana yang telah diungkitkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang, pada penghujung tahun 2012 yang lalu. Malangnya, di dalam mengemukakan hujjah-hujjah tersebut, beliau ada menggambarkan bahawa penggunaan KALIMAH ALLAH telah menjadi kebiasaan di kalangan penganut Kristian di negara-negara Arab, selain dari Indonesia, Sabah dan Sarawak. Dengan memberikan gambaran tersebut TANPA perbandingan-perbandingan dengan injil-injil di dalam bahasa-bahasa asal penganut Kristian, ianya akan memberikan ruang dan peluang kepada pihak-pihak tertentu meneruskan agenda mereka.

Aku percaya UFB berpendidikan tinggi agama di negara Arab, oleh itu beliau lebih banyak membuat perbandingan antara Malaysia dengan negara-negara Arab. UFB mungkin kurang terdedah dengan amalan penganut-penganut Kristian di negara-negara Eropah, yang merupakan ‘heartlands’ kepada agama Kristian, dan mungkin juga terlepas pandang bahawa agama Kristian mazhab Roman Catholics, mazhab terbesar Kristian, dilahirkan di istana Emperor Constantine di Rome, di mana terletaknya Kota Vatican, yang sekarang dianggap sebagai ibukota agama Roman Catholics seluruh dunia. Tidak hairanlah jika agama Kristian berkembang pesat di negara-negara Eropah, termasuk England, kerana negara-negara tersebut adalah bekas tanah-tanah jajahan Rome. Dari Eropah, jutaan penganut Kristian telah berhijrah ke tanah-tanah baru  di Amerika Utara, dan negara-negara Amerika Selatan, dan membawa pegangan agama Roman Catholics bersama mereka.

Di dalam mengupas isu penggunaan KALIMAH ALLAH, UFB sewajarnya lebih menggunakan injil-injil di dalam bahasa-bahasa asal penganut Kristian, antaranya Bahasa Hebrew, Bahasa Greek, Bahasa Latin, dan Bahasa Inggeris sebagai perbandingan utama. Sekiranya UFB pernah bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh Kristian di negara-negara di mana penganut Kristian adalah penduduk majoriti tersebut di atas, UFB tidak perlu banyak masa untuk meyakinkan diri beliau bahawa KALIMAH ALLAH tidak pernah digunakan di dalam mana-mana injil di dalam bahasa-bahasa awal penganut Kristian iaitu bahawa Hebrew, Bahasa Greek, Bahasa Latin dan Bahasa Inggeris. Injil Bahasa Greek umpamanya menggunakan kalimah ‘tetra-grammaton'(bermaksud ‘four-letter word) untuk menggambarkan ‘God the Father’, sementara ada injil-injil yang menggantikan kalimah ‘tetra-grammaton’ itu dengan perkataan ‘Jehovah’ bagi nama ‘God the Father’. Malah tidak ada mana-mana injil di dalam bahasa-bahasa asal penganut Kristian tersebut  menggunakan ISTILAH ALLAH bagi menggambarkan tuhan ‘God the Father’.

Injil-injil asal penganut Kristian bukan di dalam Bahasa Arab atau Bahasa Indonesia. Oleh itu, kenapa kita perlu buat perbandingan dengan injil-injil bahasa Arab dan Bahasa Indonesia di dalam berhujjah isu penggunaan KALIMAH ALLAH. Malah, kita perlu faham bahawa penggunaan KALIMAH ALLAH di dalam injil bahasa Arab dan bahasa Indonesia adalah sebahagian dari strategi Christian Mission untuk mengelirukan umat Islam yang merupakan majoriti penduduk dunia Arab dan Indonesia. Christian Mission gagal menembusi umat Islam di negara-negara Arab dan Indonesia secara besar-besaran, sebagaimana mereka telah berjaya mengembangkan Kristian di sebahagian Benua Afrika, di negara-negara Amerika Utara dan Amerika Selatan. Oleh itu, mereka menggunakan strategi MENGELIRUKAN umat Islam, dengan menggunakan KALIMAH ALLAH di dalam injil bahasa Arab dan Bahasa Indonesia.

Negara-negara Arab, Indonesia, Sabah dan Sarawak telah menjadi MANGSA kepada strategi ‘mengelirukan umat Islam’ sebagai satu cara untuk menembusi ketahanan aqidah umat Islam. Christian Mission sedang cuba menggunakan strategi yang sama untuk ‘mencairkan’ aqidah umat Islam di Malaysia, khususnya dari kalangan Bangsa Melayu, yang sememangnya berpegang kuat dengan ajaran Islam, sehingga menganut agama Islam dijadikan salah satu syarat untuk diiktiraf sebagai Melayu di Malaysia.

Oleh itu, aku ingin mencadangkan agar, apa yang berlaku di negara-negara Arab, Indonesia, Sabah dan Sarawak, tidak wajar dijadikan rujukan utama di dalam membahaskan isu penggunaan KALIMAH ALLAH. Hujjah utama kita ialah, KALIMAH ALLAH tidak lansung digunakan di dalam injil-injil dalam bahasa-bahasa asal penganut Roman Catholics, dan penganut-penganut Roman Catholics di negara-negara majoriti penganut Kristian pun tidak menggunakan KALIMAH ALLAH sebagai nama tuhan mereka. Jadi apa sebenarnya agenda Christian Missions di Malaysia?

Lim Guan Eng Mengapi-apikan Penganut Kristian Pada Hari Sebelum Krismas.

December 25, 2012

“DAP sekali lagi telah mencungkil semula isu yang amat sensitif, isu penggunaan nama ALLAH di dalam Injil bersi Bahasa Malaysia. Melalui perutusan Hari Krismasnya semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan ALLAH di dalam Injil versi Bahasa Malaysia, yang mengikutnya menepati semangat Krismas…”, begitulah yang dilapurkan oleh beberapa sumber berita.

Amat ‘bijak’ Lim Guan Eng memilih masa….untuk mengapi-apikan perasaan penganut Kristian di negara ini….pada hari ‘christmas eve’, satu hari sebelum hari Krismas 2012. Dari satu sudut, Lim Guan Eng tidak jauh bezanya dengan rakannya di dalam Pakatan Rakyat, Nik Aziz, yang baru-baru ini mendakwa setiap ayat di dalam al-Quran itu adalah ‘ayat politik’. Lim Guan Eng juga seolah-olah mahu berpolitik sepanjang masa, malah makan minumnya pun politik….dan setiap jam dan hari di dalam kehidupannya adalah untuk berpolitik, khususnya politik untuk menimbulkan kebencian kaum Cina terhadap UMNO. Dan semalam, sehari sebelum hari Krismas, beliau terdorong untuk menimbulkan kembali isu penggunaan perkataan ALLAH bagi menggantikan ‘tuhan’ ….suatu isu yang hampir-hampir mencetuskan rusuhan kaum/agama sedikit masa dulu.

Di dalam perutusan Krismasnya juga, Lim Guan Eng dilapurkan telah turut mendakwa bahawa penggunaan perkataan ALLAH menggantikan ‘tuhan’ telah berlaku di Sabah dan Sarawak sejak tidak kurang dari 50 tahun, sementara penggunaan perkataan ALLAH di dalam kitab injil versi Bahasa Arab telah berjalan di negara-negara Timur Tengah sejak lebih seribu tahun lalu.

Apa yang aku ingin persoalkan Lim Guan Eng di sini ialah, kenapa beliau hanya berani membandingkan Malaysia dengan negeri-negeri Sabah dan Sarawak, dan negara-negara Arab di Timur Tengah sahaja. Sedangkan kita semua tahu bahawa agama Kristian bukannya lahir di Sabah, atau Sarawak, atau di negara-negara Arab Timur Tengah. Malah kita semua tahu bahawa penganut Kristian adalah golongan minoriti samada di Sabah, Sarawak, dan negara-negara Timur Tengah.

Kenapa Lim Guan Eng tidak berani membandingkan Injil di Malaysia dengan Injil-Injil yang digunakan oleh penganut-penganut Kristian di kota Vatican dan Rome, di mana agama Kristian mazhab Roman Katholik telah dilahirkan. Kenapa beliau tidak berani untuk membandingkan  Injil-Injil di Malaysia dengan yang digunakan di negara-negara Eropah, di mana agama Kristian telah tersebar dengan begitu pesat lebih 1,500 tahun yang lalu, yang telah menjadikan negara-negara Eropah sebagai ‘tanah air’ utama agama Kristian. Dan kenapa Lim Guan Eng tidak berani membandingkan Injil-Injil yang digunakan di Malaysia dengan yang digunakan oleh penganut-penganut Kristian di gereja-gereja di negara-negara Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Jawapannya amat mudah sekali. Di kota-kota Vatican dan Rome, tempat lahirnya agama Kristian mazhab Roman Katholik, Injil-Injil yang digunakan oleh penganut-penganut Kristian di sana TIDAK ADA SEPATAH PUN perkataan ALLAH. Di negara-negara Eropah juga, Injil-Injil di sama tidak mengandungi sebarang perkataan ALLAH. Begitu juga di gereja-gereja di negara-negara Amerika Utara dan Selatan, Injil-Injil yang mereka gunakan juga tidak ada sepatah pun perkataan ALLAH. Malah, ratusan juta penganut Kristian di negara-negara tersebut, semua tidak pernah mendengar perkataan ALLAH disebut sebagai ‘tuhan’.

Kepada penganut Kristian di Malaysia, terutamanya Roman Katholik, berhentilah dari menempah sengketa di negara ini. Pergilah sendiri ke negara-negara yang majoriti penduduknya beragama Kristian seperti di kota-kota Vatican dan Rome, negara-negara Eropah, dan negara-negara Amerika Utara dan Selatan….penganut-penganut Kristian akan menasihati anda semua bahawa nama ALLAH tidak pernah disebut di gereja-gereja di sana, malah tidak lansung terdapat sebarang perkataan yang bembawa sebutan ALLAH di dalam Injil-Injil yang tersimpan di gereja-gereja mereka, atau yang tersimpan dilaci-laci hotel dan rumah mereka….dan mereka tentu akan menasihati anda agar tidak terpengaruh dengan ahli politik seperti Lim Guan Eng…

Kepada semua penganut Kristian di seluruh dunia, aku secara ikhlas mengucapkan SELAMAT HARI KRISMAS.

Lim Guan Eng Instigated Christians On Christmas Eve

December 25, 2012

DAP has once again raised the thorny issue of the use of word ‘Allah’ in the Bahasa Malaysia version of the Bible. DAP secretary-general Lim Guan Eng, in his Christmas message today, urged the government to allow Christians to use the word in the BM version of the bibles, in the spirit of the holiday”,so went the news reports today.

What a timing….for Lim Guan Eng to  stir up the emotions of Christians in the country….on Christmas eve….the day before Christmas day of 2012.  Like Nik Aziz, his counterpart in PAS, DAP’s partner in Pakatan Rakyat coalision, who claimed that every verse of the Quran is ‘political’, Lim Guan Eng seems to eat and drink politics….every single day and hour of his life is ‘politics’, namely anti-UMNO politics. And today, on the eve of Christmas day, he thought it was a ‘timely’  to raise the issue of the use of the word Allah again…the issue which had nearly sparked off a religious/racial riot in the country in quite recent past.

In his Christmas message, LGE was reported to have added that the use of the word Allah in the Bahasa Malaysia version of the Bible has been allowed in Sabah and Sarawak for the last 50 years and practiced in the Middle East for more than a thousand years.

My point of contention here is, why compare with Sabah and Sarawak, and the Middle East countries. Are Sabah, Sarawak and the Middle east countries the birthplace of Christianity, and the heartlands of Christianity?

Why he dare not compare our situation with the Vatican and Rome, the actual BIRTHPLACE of Roman Catholicism? Why he dare not compare our situation with European countries, the countries where Roman Catholicism used to spread like wild fire, and eventually became the HEARTLANDS of this main branch of Christianity? Why he dare not compare our situation with North and  South American countries where the churches dominate their skylines.

The answer is DEAD SIMPLE. In the Vatican and Rome, the BIRTHPLACE of Roman Catholicism, and European countries, the HEARTLANDS of Christianity, and in North and South Americas, the Christians in all those countries NEVER HEARD of Allah as the name of their Christian God.

To Malaysian Roman Catholics, please travel to the Vatican and Rome, please visit churches and cathedrals in Europe, please meet Christians in North and South American countries, they all will tell you that the name ALLAH never appeared in their Holy Bibles….and they will advice you to forget ALLAH….and not to listen to politicians like Lim Guan Eng…

To all Christians all over the world, I wish you all a VERY HAPPY CHRISTMAS.

PAS Tidak Layak Menggunakan Nama ISLAM

November 12, 2012

Terlebih dahulu, kita wajar mengangkat topi kepada bekas aktivis dan ahli-ahli PAS yang telah berhimpun di Hotel Vistana beberapa hari lepas untuk meluahkan keperihatinan mereka terhadap hala-tuju PAS yang semakin hari tampak semakin jauh lari dari matlamat-matlamat perjuangan asalnya.

Namun begitu, aku ada sedikit kurang bersetuju dengan pandangan seorang ahli panel forum yang membuat kenyataan bahawa UMNO telah pun melaksanakan ‘Negara Kebajikan’, TANPA menegaskan juga bahawa UMNO juga telah pun menegakkan NEGARA ISLAM di bumi Malaysia ini. Berdasarkan perbahasan-perbahasan ulama berhubung syarat-syarat sesebuah negara diiktiraf sebagai sebuah Negara Islam, jelas sekali, Malaysia ialah sebuah negara Islam. Sila rujuk penulisan-penulisan Dato’ Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan, di dalam perkara ini.

Di dalam umat Islam, di bawah pimpinan UMNO, berjuang berhabis-habisan di dalam mempertahankan kekuasaan umat Islam di bumi Malaysia ini, kedudukan istimewa agama Islam sebagai AGAMA PERSEKUTUAN, dan kedudukan istimewa umat Melayu yang mendukung Islam di negara ini,  umat Islam sejak beberapa tahun lepas, terutama akhir-akhir ini menyaksikan berbagai tindak tanduk PAS yang tidak selaras dengan ‘perjuangan Islam’ yang cuba ditonjolkan oleh parti politik ini. Contoh yang amat ketara ialah apabila bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas EXCO Agama Selangor, Dr Hassan Ali, telah dipecat oleh PAS berikutan ketegasannya mempertahankan serbuan JAIS ke atas Damansara Utama Methodist Church(DUMC) yang telah terlibat di dalam aktibiti ‘missionary’ ke atas orang Islam.

Di dalam isu percubaan menggunakan nama ALLAH bagi ‘God the Father’ di dalam Bible versi-Bahasa Melayu oleh Roman Catholic Church  Malaysia pula, PAS telah dilihat DAYUS, kerana mengikut rentak penganut Kristian, dipercayai lebih berasaskan pertimbangan politik dari pertimbangan agama. Roman Catholic bukan berasal dari negara Arab, oleh itu percubaan menggunakan justifikasi bahawa perkataan ‘Allah’ digunakan oleh Bible versi-Bahasa Arab tidak boleh diterima, memandangkan The Vatican, Rome, sebagai tempat asal agama Roman Catholics, dan sebagai kuasa tertinggi Roman Catholics seluruh dunia pun tidak pernah menggunakan perkataan ALLAH bagi menggantikan ‘God the Father’. Alhamdulillah, di atas ketegasan UMNO dan NGO-NGO Melayu mempertahankan kesucian agama Islam, percubaan tersebut telah digagalkan.

Apabila PAS terbukti bersedia untuk berkompromi dengan penganut Kristian di dalam menggunakan nama ALLAH, adalah tidak memeranjatkan jika PAS mengambil pendirian bahawa kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang menyokong kebebasan beragama untuk umat Melayu, hanyalah suatu perkara remeh dan tidak perlu diberi perhatian serius. Malah Presiden PAS, DS Hj Hadi, sendiri di dalam meremehkan isu tersebut memberikan gambaran bahawa PAS lebih mengutamakan persiapan menghadapi PRU13 dari berhadapan dengan ‘letupan’ di kalangan umat Islam berikutan kenyataan Nurul Izzah tersebut.

Tidak hairanlah jika ahli-ahli akar umbi dan bekas-bekas aktivis PAS mula berani menyuarakan pandangan ikhlas mereka. Kita harapkan gelombang penentangan di kalangan ahli-ahli akar umbi PAS terhadap KEDAYUSAN pemimpin-pemimpin mereka akan mendapat sokongan lebih meluas dari masa ke semasa, yang boleh berakhir dengan penubuhan suatu parti alternatif oleh ahli-ahli akar umbi PAS, atau penolakan terhadap pemimpin-pemimpin yang mendokong fahaman ‘Pluralisma’ dan ‘liberalisma’ agama.

Perkataan ‘PAS’ adalah singkatan kepada ‘Parti Islam Se-Malaysia’ mengikut ejaan jawi. PAS mempunyai justifikasi menggunakan perkataan ‘Islam’ pada namanya berdasarkan matlamat-matlamat asal perjuangannya termasuk menegakkan negara Islam, melaksanakan perundangan Hudud, menentang gejala Murtad, menyeru kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan dan sebagainya. Tetapi, apabila PAS telah bertukar menjadi sebuah parti politik yang hanya mementingkan undi dan kuasa, dan bersedia menggadai prinsip-prinsip dan matlamat-matlamat perjuangan asal mereka, apakah PAS masih layak mengaitkan nama parti itu dengan ISLAM.

Aku percaya, tindak-tanduk PAS akhir-akhir ini telah MENGHILANGKAN kelayakan PAS untuk menggunakan nama ISLAM pada nama parti tersebut. Aku amat berharap JAKIM dapat mengkaji perkara ini dengan serius…..PAS tidah boleh dibiarkan lagi menyalah-gunakan perkataan ISLAM untuk mengelirukan umat Islam di Malaysia.

 


%d bloggers like this: