Posted tagged ‘Sabah’

Apakah Anwar Ibrahim Bercita-cita Menjadi PERDANA MENTERI Selangor?

February 16, 2014

Dari awal aku ingin ‘declare’, bahawa apa yang aku tulis ini hanya andaian dan firasat aku. Apa yang aku tulis ini tidak dapat aku buktikan, tetapi apa yang aku andaikan ini tidak mustahil boleh berlaku. Oleh itu, aku harap Kerajaan BN wajar menilai firasat aku ini dengan serius…sebelum nasi menjadi bubur.

Semua pihak, termasuk pemimpin dan penyokong-penyokong parti pembangkang, telah ‘caught by surprise’ dengan tindakan bekas ADUN Kajang meletakkan jawatan, untuk memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding di kerusi DUN tersebut…apatah lagi ‘timingnya’ tidak lama selepas kenaikan gaji berlipat ganda wakil rakyat DUN di Selangor. Apakah bekas ADUN Kajang begitu setia dengan Anwar Ibrahim, sehingga bersedia mengorbankan gaji bulanan begitu besar, serta pencen SEUMUR HIDUP yang tidak kurang besarnya, apabila sudah tidak lagi menjadi wakil rakyat DUN.

Banyak juga pihak yang memperlekehkan tindakan Anwar, yang dilihat oleh mereka seolah-olah mengambil kesempatan dari KRISIS KEPERCAYAAN terhadap Menteri Besar Khalid Ibrahim di kalangan pemimpin-pemimpin PKR di Selangor, untuk mengambil-alih jawatan sebagai MB Selangor. Bagi mereka, Anwar sepatutnya meneruskan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia….dengan mengejar jawatan Menteri Besar Selangor, walaupun gajinya lebih tinggi dari gaji Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim seolah-olah telah merendahkan martabatnya sebagai ‘Shadow Prime Minister’, malah ada yang beranggapan bahawa Anwar seolah-olah telah BERPUTUS ASA di dalam persaingannya dengan Presiden UMNO untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia…..jadi cukuplah sekadar dapat menjadi Menteri Besar Selangor.

Bagi aku, mereka yang berfikiran sebagai tersebut di atas AMATLAH NAIVE di dalam pembacaan politik. Bagi aku, tanggapan bahawa Anwar ingin bertanding di Kajang sekadar untuk menjadi Menteri Besar Selangor, adalah berasaskan suatu pemikiran politik yang cetek dan ‘below par’. Aku percaya Anwar Ibrahim mempunyai agenda politik yang jauh lebih besar dari sekadar menjadi MB Selangor.

Kita lihat sahaja pendekatan parti pembangkang untuk mendapat sokongan dari rakyat Sabah dan Sarawak sebelum PRU13. Walaupun pendekatan pemimpin-pemimpin pembangkang tidak dinyatakan secara terang dan jelas, tidak dapat dinafikan, terdapat unsur-unsur untuk menawarkan GREATER AUTONOMY kepada Sabah dan Sarawak, termasuk menjanjikan ROYALTI MINYAK yang lebih kepada kedua-dua negeri tersebut sebagai permulaan. Malah, dari beberapa ucapan Anwar di Sabah sebelum PRU13, beliau seolah-olah MENGACAH-ACAH rakyat Sabah untuk membuat berbagai tuntutan dari Kerajaan Malaysia. Ada yang percaya bahawa ucapan-ucapan beliau telah sedikit sebanyak mempengaruhi berlakunya peristiwa pencerobohan Lahad Datu.

Kita tidak perlu membuka buku-buku sejarah untuk menjumpai kisah-kisah di mana beberapa buah negara PERSEKUTUAN telah bertukar menjadi negara-negara serpihan kecil. Sebagai contoh, Yugoslavia suatu masa dahulu adalah di antara beberapa negara amat kuat dan berpengaruh di kalangan negara dunia ketiga, tetapi di atas sebab-sebab perpecahan dalaman, telah TERPECAH menjadi negara-negara lebih kecil seperti Bosnia, Kosovo, selain dari Serbia yang merupakan tunggak utama negara Yugoslavia. Malah banyak wilayah Soviet Union telah bertindak keluar dari KESATUAN SOVIET, termasuk Uzbekistan, Kerzykhtan, Lituania, Moldova dan lain-lain. Apa yang tinggal dari bekas Soviet Union hanyalah Russia, wilayah terbesar dan tunggak utama Soviet Union.

Malah, akhir-akhir ini, terdapat gerakan untuk memerdekakan wilayah-wilayah tertentu dari negara yang lebih besar. United Kingdom, atau dahulu lebih dikenali dengan nama GREAT BRITAIN, sekarang mendapat tekanan dari rakyat Scotland yang dilihat telah berjaya dicenderungkan untuk merdeka dari United Kingdom. Di Sepanyol pula, Wilayah Catalonia, yang menjadi ‘home town’ kepada kelab bolasepak Barcelona, telah lama menuntut kemerdekaan dari Negara Sepanyol. Malah, terdapat banyak lagi gerakan untuk memerdekakan wilayah-wilayah tertentu di negara-negara tertentu di Timur Tengah, Benua Afrika dan Asia.

Pada firasat aku, setelah Pakatan Rakyat menang besar di Selangor pada PRU13 yang lalu, tidak mustahil ada sebahagian pemimpin-pemimpin mereka yang berminat untuk MENCUBA NASIB. Sekiranya Singapura, yang suatu masa dahulu merupakan sebahagian dari Malaysia, berjaya MEMAKSA Kerajaan Malaysia mengeluarkan negara tersebut dari Persekutuan Malaysia, apakah mustahil untuk pemimpin-pemimpin politik pembangkang terlintas memikirkan perkara yang sama bagi negeri-negeri di mana parti pembangkang mendapat kemenangan besar seperti Pulau Pinang dan Selangor.

Terbayang di kepala aku, apa akan jadi kepada penduduk Malaysia di Putrajaya, yang terletak di tengah-tengah negeri Selangor, SEKIRANYA Selangor tidak lagi menjadi sebahagian dari Malaysia…dan apakah kesudahannya perbicaraan KES LIWAT Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan yang terletak di Putrajaya, Malaysia.

Aku ‘mencampak’ andaian-andaian ini kepada rakyat dan Kerajaan BN Malaysia, supaya Kerajaan BN kita sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, dan tidak ‘caught by surprise’….atau ‘caught with pants down’.

Apa Kandungan Sebenar ‘Cabinet’s 10-Points Solution on Kalimah Allah’

October 23, 2013

Presiden UMNO dan Perdana Menteri DS Najib adalah pemimpin yang sentiasa mendengar ‘heartbeat’ atau denyut nadi rakyat. Demikian juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin. Begitu juga Naib Presiden UMNO paling popular dan Menteri Dalam Negeri DS Dr Zahid Hamidi. Begitu juga barisan kepimpinan UMNO yang berjaya mempertahankan jawatan mereka di dalam MKT UMNO, juga yang baru dipilih menganggotai MKT UMNO.

Mereka semua memikul amanah yang besar, amanah untuk mengemudi BAHTERA UMAT MELAYU/ISLAM meneruskan pelayaran merentasi zaman. Empayar dan Kerajaan-Kerajaan Melayu telah wujud dengan megah dan gagah di Kepulauan Melayu sejak ‘times immemorable’, sebelum buku-buku sejarah ditulis, dan sebelum pelayar-pelayar Arab, China dan Eropah melayari apa yang dunia panggil ‘The Straits of Malacca’ atau Selat Melaka sekarang. Di abad ke 15, Melaka, di bawah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka bukan sahaja telah menjadi pelabuhan dan pusat perdagangan terunggul di dunia, malah menjadi PUSAT PENYEBARAN ISLAM di rantau ini.

Di dalam berhadapan dengan ANCAMAN BESAR dari gerakan ‘Christian missionary’, umat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, yang entah kenapa dipanggil Malaysia Barat, tidak kisah sangat apa yang telah berlaku di Sabah dan Sarawak. Di saat Sabah dan Sarawak bersama-sama dengan negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu membentuk MALAYSIA, penyebaran agama Kristian di kedua-dua negeri tersebut telah berjalan begitu pesat, sama seperti di Filipina dan di Indonesia. Dari satu sudut, keadaan di Sabah dan Sarawak telah mencapai tahap ‘nasi telah menjadi bubur’. Bible versi bahasa Melayu yang menggunakan KALIMAH ALLAH dilapurkan telah menjadi rujukan penganut-penganut Kristian di sana, sama seperti di Indonesia.

Keadaan berbeza sekali di Semenanjung Tanah Melayu, di mana terdapat enakmen-enakmen di kebanyakan negeri yang dikuatkuasakan bagi MENGHALANG penyebaran agama Kristian dan agama-agama selain dari Islam di kalangan umat Islam.

‘Christian Missions’ di Semenanjung Tanah Melayu seolah-olah cuba menguji sejauh mana penguatkuasaan undang-undang MENGHALANG tersebut dengan mengeluarkan penerbitan mingguan The Herald di dalam bahasa Melayu, yang menggunakan KALIMAH ALLAH untuk menggantikan ‘Tuhan’ atau ‘God’. Selain dari itu, ‘Christian Missions’ cuba juga membawa masuk Bible versi bahasa Melayu yang turut menggunakan KALIMAH ALLAH bagi menggantikan ‘Tuhan’ atau ‘God’.

Umat Islam MENENTANG KERAS perkembangan tersebut. Umat Islam MENENTANG KERAS sebarang usaha ‘Christian Missions’ untuk menggunakan KALIMAH ALLAH bagi menggantikan ‘Tuhan’ atau ‘God’, baik di dalam penerbitan The Herald versi bahasa Melayu dan bahasa apa sekali pun, juga di dalam Bible versi bahasa Melayu atau bahasa apa sekali pun. Malah bagi umat Islam, penganut Kristian TIDAK BOLEH menggunakan KALIMAH ALLAH bagi menggambarkan TUHAN TRINITY(Tuhan bapa, Tuhan anak dan Roh suci) mereka. Bagi umat Islam, penggunaan KALIMAH ALLAH bagi menggambarkan TUHAN TRINITY sebagaimana dipercayai oleh penganut Kristian adalah suatu PENGHINAAN terhadap ALLAH, Tuhan Yang Satu, sebagaimana dipegang oleh umat Islam. Bagi umat Islam, perbuatan MENYENGUTUKAN ALLAH, Tuhan Yang Satu, dengan entiti-entiti lain adalah suatu perbuatan SYIRIK, dosa paling besar, yang boleh membuatkan seseorang itu terkeluar dari Islam.

Umat Islam tidak ada masalah jika penganut bukan Islam sekadar menyebut nama ALLAH, jika ALLAH yang disebut merujuk kepada ALLAH, Tuhan Yang Satu, sebagaimana pegangan umat Islam. Jadi tidak ada masalah jika pelajar-pelajar bukan Islam menyebut nama ALLAH semasa menyanyikan lagu-lagu Lagu Negeri, kerana kalimah ALLAH di dalam lagu-lagu tersebut merujuk kepada Tuhan sebagaimana dipercayai oleh umat Islam(aku tidak faham kenapa Lim Kit Siang begitu BANGANG sehingga tidak boleh membezakan menyebut nama ALLAH semasa menyanyi lagu-lagu negeri, dengan penganut agama Islam menyebut nama ALLAH di dalam gereja).

Di dalam percubaan untuk meredakan keadaan, dan sebagai suatu jalan penyelesaian, Kabinet Malaysia, pada 2011, sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak, telah mengeluarkan apa yang dipanggil ‘Cabinet 10-Points Solution’.

Namun begitu, kefahaman tentang ‘Cabinet 10-Points Solution’ nampaknya tidak seragam. Tafsiran oleh pemimpin-pemimpin UMNO di Semenanjung tentang perkara tersebut nampaknya TIDAK SAMA dengan tafsiran pemimpin-pemimpin politik beragama Kristian, termasuk dari BN, di Sabah dan Sarawak. Malah perkara ini telah menjadi bahan ‘sokongan’ oleh pihak peguam mewakili Roman Catholics di Mahkamah Rayuan.

Aku telah cuba mencari-cari di banyak blog dan website untuk mendapatkan APAKAH KANDUNGAN ‘Cabinet 10-Points Solution’ tersebut…supaya kita boleh sama-sama menilai kebenaran hujjah-hujjah kedua pihak.

Tahniah Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawah, Sempena HARI MALAYSIA….Bye Bye Parti Komunis Malaya

September 16, 2013

Hari ini, 16 September 2013, adalah Hari Ulangtahun Penubuhan Malaysia ke 50. Sebagaimana kita semua sedia maklum, Malaysia ditubuhkan dengan rasminya pada 16 September 1963 dengan menggabungkan 11 buah negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Trengganu dan Kelantan, dengan negeri-negeri bekas jajahan British iaitu Singapura, Sabah dan Sarawak. Sebagaimana kita juga sedia maklum, Singapura telah dikeluarkan dari Malaysia pada tahun 1965.

Sempena Ulangtahun Hari Malaysia ke 50, aku dengan bangga dan tulus ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada seluruh warga negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu tersebut di atas, juga warga Sabah dan Sarawak, kerana telah sama-sama membangunkan negara MALAYSIA kita, dan bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara kita dari ancaman dari luar dan dalam, makanya kita dapat menyambut Ulangtahun Hari Malaysia kita di dalam keadaan negara kita dilimpahkan oleh Allah swt nikmat KEAMANAN, KESTABILAN dan KEMAKMURAN.

Apa yang aku sentiasa TERKILAN sedikit setiap kali kita menyambut Ulangtahun KEMERDEKAAN dan HARI MALAYSIA ialah bagaimana hilangnya nama PERSEKUTUAN TANAH MELAYU di dalam kedua-dua perayaan ulangtahun hari bersejarah kita ini. Ramai dari rakyat Malaysia hari ini beranggapan bahawa 31 Ogos setiap tahun adalah ‘Hari Kemerdekaan Malaysia’, sedangkan pada 31 Ogos 1957, adalah hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dari British, dan Malaysia belum lagi ditubuhkan atau wujud ketika itu.

Sementara apabila disebut HARI MALAYSIA pada 16 September, kita hanya diperingatkan tentang GABUNGAN 11 negeri-negeri di Semenanjung(biasanya disebut Malaysia Barat), dengan Sabah dan Sarawak(kedua-duanya disebut Malaysia Timur). Tidak banyak ‘pengkisahan sejarah’ atau pengumuman-pengumuman yang mengingatkan anak-anak cucu kita bahawa Malaysia adalah gabungan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, SABAH dan SARAWAK.

Sempena Sambutan Ulangtahun Hari Malaysia tahun ini, aku ingin mencadang agar Perkara 1(2) Perlembagaan Malaysia dipinda sedikit. Perkara 1(2) Perlembagaan masa ini menyebut: ‘Negeri-negeri dalam Persekutuan ialah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Trengganu’. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa pembentukan Malaysia ialah hasil penggabungan 13 negeri-negeri tersebut, sedangkan hakikatnya, pembentukan Malaysia ialah hasil gabungan Persekutuan Tanah Melayu(yang mengandungi 11 buah negeri), Sabah dan Sarawak.

Bagi memperbetulkan kesilapan ini, aku ingin mencadangkan supaya Perkara 1(2) dipinda menjadi begini: ‘Negeri-negeri dalam Persekutuan ialah negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu(Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor dan Trengganu), Sabah dan Sarawak’. Dengan cara ini, penubuhan Malaysia MEMPERKASAKAN lagi Persekutuan Tanah Melayu, bukan MENGKUBURKANNYA.

Di antara faktor-faktor utama yang mendorong Kerajaan British menggalakkan penyatuan Singapura, Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu ialah bagi mengelakkan negeri-negeri tersebut jatuh ke tangan parti-parti komunis yang begitu agressive mengembangkan pengaruh di negeri-negeri tersebut. Kejayaan Persekutuan Tanah Melayu MENEWASKAN dan MENGUSIR pengganas-pengganas Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng ke seberang sempadan Thailand pada awal 1960an telah memberi keyakinan kepada Kerajaan British bahawa suatu cara untuk mengekang dan menyekat pengaruh parti-parti Komunis di negeri-negeri tersebut ialah dengan menggabungkan negeri-negeri tersebut dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Kita manusia tidak dapat menduga ketetapan-ketetapan Allah swt. Dilapurkan bahawa Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya yang telah diharamkan, sebelum dibubarkan, telah meninggal dunia pagi tadi di sebuah hospital di Bangkok. Terdapat elemen-elemen parti pembangkang yang cuba mengambil peluang pemergian Chin Peng pada Ulangtahun Hari Malaysia untuk MENGAGUNGKAN beliau sebagai tokoh pejuang kemerdekaan, dengan mencadangkan tarikh 16 September dijadikan tarikh ulangtahun untuk memperingati ‘perjuangan’ Chin Peng. Sedangkan, sebenarnya, pemergian beliau pada hari ini, melambangkan KEMENANGAN MUTLAK, dan PEMBEBASAN MUTLAK, rakyat Malaysia dari era kezaliman pengganas-pengganas Komunis Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng, yang telah cuba MERAMPAS KUASA dari Raja-Raja Melayu dan umat Melayu sebaik sahaja tamat penjajahan Jepun ke atas negeri-negeri Tanah Melayu.

Sekali lagi, TAHNIAH seluruh rakyat Malaysia. Sambutan Ulangtahun Hari Malaysia, 16 September, boleh juga dijadikan tarikh Ulangtahun Hari PEMBEBASAN MUTLAK Malaysia dari ancaman pengganas-pengganas Parti Komunis Malaya.

31 0gos – Ulangtahun Kemerdekaan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

August 31, 2013

Tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada umat Melayu. Hari ini, 31 Ogos 2013, ialah hari ulangtahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Persekutuan Tanah Melayu ialah negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu, yang bagi sesetengah orang yang TIDAK FAHAM SEJARAH, telah memanggilnya dengan nama ‘Malaysia Barat’. Sebenarnya tidak ada nama ‘Malaysia Barat’ dan ‘Malaysia Timur’ di dalam Perlembagaan Negara kita. Apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan ialah NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU dan SABAH DAN SARAWAK.

Negeri-negeri Tanah Melayu adalah komponen asas kepada Negara Malaysia yang hanya terbentuk pada tahun 1963, iaitu 5 tahun selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan kita pada tahun ini, sama-samalah kita menggunakan SEKERAP-KERAP YANG MUNGKIN nama PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, kerana itulah nama negara kita semasa kita merdeka. Apabila negeri-negeri PERSEKUTUAN TANAH MELAYU bergabung dengan SABAH dan SARAWAK, barulah lahir MALAYSIA.

Bermakna, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU adalah sebahagian dari MALAYSIA, sebagaimana juga SABAH dan SARAWAK.

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! Hidup Persekutuan Tanah Melayu!! Hidup Malaysia!!

BERNAMA Pun ‘Berjerebu’….Semenanjung Tanah Melayu ATAU Semenanjung Malaysia Barat???

June 25, 2013

Siapa tidak kenal BERNAMA, ringkasan kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, atau Malaysian News Agensi. BERNAMA adalah antara rujukan-rujukan utama berita tempatan dan antarabangsa akhbar-akhbar Malaysia.

Semalam, tajuk-tajuk utama akhbar-akhbar tempatan ialah DARURAT JEREBU yang telah diisytiharkan di Muar dan Ledang, serta berita tentang tahap jerebu yang telah mencapai peringkat MEMBAHAYAKAN di negeri-negeri pantai barat SEMENANJUNG, khususnya di negeri-negeri di bahagian selatan SEMENANJUNG, khususnya Johor dan Melaka.

Di dalam ‘mentelaah’ berita-berita tempatan, ‘menu’ utama aku adalah akhbar ‘pembela Melayu’, Utusan Malaysia.

Apa yang AMAT menarik perhatian aku di antara berita-berita di dalam Utusan Malaysia semalam ialah penggunaan perkataan/ayat  ‘negeri-negeri selatan Semenanjung Tanah Melayu’. Seingat aku, amat jarang sekali akhbar-akhbar kita menggunakan nama ‘Semenanjung Tanah Melayu’. Sebagaimana dinyatakan di penghujung bahan berita tersebut, berita tersebut dirujuk kepada BERNAMA.

Namun begitu, di dalam akhbar PILIHAN umat Melayu tersebut juga, terdapat satu lagi bahan berita, yang juga merujuk kepada BERNAMA, menggunakan perkataan/ayat ‘negeri-negeri selatan Semenanjung Malaysia Barat’.

Tercetus di fikiran aku, bagaimana sebuah agensi berita begitu hebat seperti BERNAMA masih ‘berjerebu’ tentang panggilan sebenar kepada sebahagian dari negara Malaysia bernama Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu merupakan nama negara kita semasa kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1963, negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu(Perlis, Kedah, Pulau pinang, Perak, Selangor, Negri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Trengganu dan Kelantan) telah bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak, untuk membentuk MALAYSIA.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan, terdapat Perkara-Perkara yang jelas merujuk kepada negeri-negeri Tanah Melayu, yang sudah semestinya terletak di Semenanjung Tanah Melayu.

Sebaliknya, tidak ada istilah-istilah/nama-nama ‘Malaysia Barat’ dan ‘Malaysia Timur’ tercatat di dalam Perlembagaan Persekutuan. Apa yang ada ialah nama-nama negeri-negeri yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu, selain dari istilah ‘negeri-negeri Tanah Melayu’, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kita lupakan sahaja Singapura, kerana Singapura telah terkeluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Setinggi-tinggi tahniah kepada pemberita BERNAMA/Utusan Malaysia yang telah menggunakan nama ‘Semenanjung Tanah Melayu’, nama sebenar sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, bukannya nama ‘Semenanjung Malaysia Barat’.

Aku harap tidak timbul lagi masalah ‘jerebu’ tentang nama Semenanjung Tanah Melayu di kalangan pemberita-pemberita dan akhbar-akhbar di Malaysia. Semenanjung Tanah Melayu masih kekal sebagai nama ‘semenanjung’ di mana terletaknya 11 negeri-negeri Tanah Melayu, yang merupakan sebahagian dari Malaysia, selain dari Sabah dan Sarawak.

Kabinet Malaysia 2013-2018 – Melayu Tidak Perlu Cina Untuk Memerintah Malaysia

May 15, 2013

Tahniah kepada DS Najib, Perdana Menteri Malaysia, kerana telah mengumumkan senarai anggota-anggota Kabinet Kerajaan Malaysia pasca PRU13.

Apa yang jelas dan nyata, barisan Kabinet kali ini terdiri dari pemimpin-pemimpin Melayu/Bumiputra/India. Hanya terdapat satu dua nama Cina, itu pun dari parti gabungan BN di Sabah/Sarawak.

Aku percaya, kaum Melayu/Bumiputra/India amat menghargai keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara Malaysia. Mereka kekal setia kepada Barisan Nasional yang telah mentransformasikan rakyat dan negara kita dari sebuah negara yang mundur 50 tahun yang lalu, kepada sebuah ekonomi antara ke 20 terbesar dunia. Malah, di bawah pentadbiran BN, ibu negara kita Kuala Lumpur menjadi tapak kepada MENARA BERKEMBAR tertinggi di dunia hingga sekarang.

Kita tidak menafikan sumbangan kaum Cina di dalam membangunkan negara kita. Malangnya, kaum Cina hanya ‘buat kerja mereka’ untuk kepentingan diri mereka semata-mata. Mereka tidak berminat untuk berkongsi dengan bangsa-bangsa lain. Mereka hanya memikirkan diri mereka sendiri. Dengan ringkas, mereka adalah SELFISH dan UNGRATEFUL. Malah, aku tidak hairan jika mereka menyimpan cita-cita untuk ‘menjajah’ negara ini…..sebagaimana nenek moyang mereka menyokong Parti Komunis Malaya(PKM) cuba merampas kuasa negara ini dari orang Melayu pada tahun 1945, sebaik sahaja Jepun menyerah kalah kepada British.

Dengan barisan Kabinet Melayu/Bumiputra/India ini, mari kita buktikan sekali lagi bahawa UMAT MELAYU tidak ada masalah untuk memerintah negara yang dahulunya Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ini TANPA WAKIL KAUM CINA.

Perlu kita ingat, TAMADUN ALAM MELAYU telah bermula sejak TIME IMMEMORABLE, sejak sebelum buku-buku sejarah mula ditulis, dan sebelum pelayar-pelayar Arab dan Cina mula sampai ke bahagian dunia yang dikenali sebagai KEPULAUAN MELAYU ini. Kerajaan-kerajaan awal Melayu telah wujud sejak sebelum tercatatnya sejarah Kerajaan Melayu Langkasuka(2M-5M), Kerajaan Melayu Srivijaya(5M-12M), Kerajaan Rumpun Melayu Majapahit(12M-14M) dan Kesultanan Melayu Melaka(14M-15M). Malah antara 14M-19M, terdapat RATUSAN Kesultanan Melayu di merata ceruk Kepulauan Melayu, termasuk Kesultanan Aceh, Kesultanan Deli, Kesultanan Patani, Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu, Kesultanan Mindanao, dan berbagai-bagai kesultanan di Tanah Melayu, Sumatra, Borneo, Bugis, Tanah Jawa, Riau dan lain-lain.

Jelas sekali, sejak beribu-ribu tahun yang lalu, Kerajaan-Kerajaan berteraskan Melayu telah berjaya mentadbir KEPULAUAN MELAYU, dan mempertahankan KEDAULATAN  wilayah-wilayah di bawah pemerintahan mereka tanpa sebarang sokongan dari kaum Cina. Kita boleh berkongsi sedikit sebanyak dengan bangsa-bangsa lain, tetapi sekiranya mereka ada AGENDA TERSEMBUNYI untuk melemahkan atau menjatuhkan kuasa Melayu….LUPAKAN SAHAJA MEREKA.

Oleh itu, barisan Kabinet sebagaimana diumumkan oleh DS Najib bukanlah perkara baru di dalam RIBUAN TAHUN sejarah ALAM MELAYU. DS Najib hanya meneruskan tradisi Kerajaan berteraskan Melayu yang telah menguasai ALAM MELAYU sejak zaman pra-sejarah beribu-ribu tahun yang lalu.

Hidup UMNO!!! Hidup BN!!! Hidup DS Najib!!!

INDIA MUSLIM Hanya Boleh Jadi BUMIPUTRA Dengan Menjadi MELAYU

February 14, 2013

Di kala rakyat Malaysia digegarkan oleh Kumpulan Rock GANGNAM STYLE dari KOREA, ramai juga yang telah tertarik untuk memberi perhatian kepada suatu perbincangan berhubung permohonan suatu NGO mewakili kelompok India Muslim, untuk diiktiraf sebagai BUMIPUTRA di negara ini.

Aku fikir permohonan mereka ini amat sukar untuk dipertimbangkan, apatah lagi untuk diperkenankan. Ini adalah kerana ‘bumiputra’ mempunyai maksud dan kriteria-kriteria tertentu mengikut kefahaman umum rakyat negara kita, selain dari peruntukan-peruntukan undang-undang di dalam Perlembagaan negara kita.

Terdapat peruntukan KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan terdapat peruntukan KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Di dalam kedua-dua Perjanjian dan Perlembagaan tersebut, kalimah ‘Melayu’ mencakupi suku-suku kaum Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu.

Sebelum penubuhan Malaysia pada tahun 1963, belum ada ungkapan ‘ BUMIPUTRA’ dimasukkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan. Malah, pada masa itu, tidak ada keperluan untuk menambahkan ungkapan ‘dan bumiputra’, kerana telah menjadi pengetahuan umum sebelum 1963 bahawa Bangsa Melayu adalah ‘natives’ atau ‘penduduk asal’ Persekutuan Tanah Melayu, sebagaimana juga suku-suku kaum Orang Asli. Sebelum 1963, hanya MELAYU, termasuk suku-suku kaum Orang Asli, adalah bangsa BUMIPUTRA di Semenanjung Tanah Melayu.

Dengan penubuhan Malaysia, Perkara 153 telah ditambah ungkapan ‘dan Bumiputra negeri-negeri Sabah dan Sarawak’. Sejak itu, dua kelompok yang diiktiraf oleh Perlembagaan mempunyai KEDUDUKAN ISTIMEWA ialah BANGSA MELAYU dan KAUM-KAUM BUMIPUTRA. Oleh itu, bagi melayakkan seseorang warganegara Malaysia menikmati KEDUDUKAN ISTIMEWA, mereka hendaklah terdiri dari kalangan BANGSA MELAYU, atau KAUM-KAUM BUMIPUTRA.

Ini membawa kita kepada persoalan apakah kelompok India Muslim wajar diberi status BUMIPUTRA? Bagi aku ini mustahil boleh berlaku kerana, untuk menjadi BUMIPUTRA, seseorang itu mestilah dari kalangan BANGSA MELAYU, ORANG ASLI SEMENANJUNG, BUMIPUTRA SABAH dan BUMIPUTRA SARAWAK.

TETAPI, kelompok India Muslim BOLEH menjadi Melayu berdasarkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan di mana Melayu ditakrifkan sebagai mereka yang kebiasaannya BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU, MENGAMALKAN ADAT-ADAT MELAYU dan BERAGAMA ISLAM. Malah ratusan ribu MELAYU di negeri-negeri utara termasuk Kedah dan Pulau Pinang adalah terdiri dari mereka yang asalnya adalah kaum India Muslim….melalui proses kahwin campur dengan orang Melayu, atau melalui TRANSFORMASI BUDAYA….iaitu dengan beransur-ansur meng’adoptasi’ budaya Melayu dan bercakap dalam bahasa Melayu.

Sekiranya kelompok India Muslim benar-benar berminat untuk menjadi BUMIPUTRA, satu-satunya cara ialah dengan menjadi ORANG MELAYU, kerana sesiapa sahaja yang diiktiraf sebagai orang Melayu, dengan sendirinya dia akan dikira bertaraf BUMIPUTRA.


%d bloggers like this: