Posted tagged ‘Singapura’

Apakah Anwar Ibrahim Bercita-cita Menjadi PERDANA MENTERI Selangor?

February 16, 2014

Dari awal aku ingin ‘declare’, bahawa apa yang aku tulis ini hanya andaian dan firasat aku. Apa yang aku tulis ini tidak dapat aku buktikan, tetapi apa yang aku andaikan ini tidak mustahil boleh berlaku. Oleh itu, aku harap Kerajaan BN wajar menilai firasat aku ini dengan serius…sebelum nasi menjadi bubur.

Semua pihak, termasuk pemimpin dan penyokong-penyokong parti pembangkang, telah ‘caught by surprise’ dengan tindakan bekas ADUN Kajang meletakkan jawatan, untuk memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding di kerusi DUN tersebut…apatah lagi ‘timingnya’ tidak lama selepas kenaikan gaji berlipat ganda wakil rakyat DUN di Selangor. Apakah bekas ADUN Kajang begitu setia dengan Anwar Ibrahim, sehingga bersedia mengorbankan gaji bulanan begitu besar, serta pencen SEUMUR HIDUP yang tidak kurang besarnya, apabila sudah tidak lagi menjadi wakil rakyat DUN.

Banyak juga pihak yang memperlekehkan tindakan Anwar, yang dilihat oleh mereka seolah-olah mengambil kesempatan dari KRISIS KEPERCAYAAN terhadap Menteri Besar Khalid Ibrahim di kalangan pemimpin-pemimpin PKR di Selangor, untuk mengambil-alih jawatan sebagai MB Selangor. Bagi mereka, Anwar sepatutnya meneruskan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia….dengan mengejar jawatan Menteri Besar Selangor, walaupun gajinya lebih tinggi dari gaji Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim seolah-olah telah merendahkan martabatnya sebagai ‘Shadow Prime Minister’, malah ada yang beranggapan bahawa Anwar seolah-olah telah BERPUTUS ASA di dalam persaingannya dengan Presiden UMNO untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia…..jadi cukuplah sekadar dapat menjadi Menteri Besar Selangor.

Bagi aku, mereka yang berfikiran sebagai tersebut di atas AMATLAH NAIVE di dalam pembacaan politik. Bagi aku, tanggapan bahawa Anwar ingin bertanding di Kajang sekadar untuk menjadi Menteri Besar Selangor, adalah berasaskan suatu pemikiran politik yang cetek dan ‘below par’. Aku percaya Anwar Ibrahim mempunyai agenda politik yang jauh lebih besar dari sekadar menjadi MB Selangor.

Kita lihat sahaja pendekatan parti pembangkang untuk mendapat sokongan dari rakyat Sabah dan Sarawak sebelum PRU13. Walaupun pendekatan pemimpin-pemimpin pembangkang tidak dinyatakan secara terang dan jelas, tidak dapat dinafikan, terdapat unsur-unsur untuk menawarkan GREATER AUTONOMY kepada Sabah dan Sarawak, termasuk menjanjikan ROYALTI MINYAK yang lebih kepada kedua-dua negeri tersebut sebagai permulaan. Malah, dari beberapa ucapan Anwar di Sabah sebelum PRU13, beliau seolah-olah MENGACAH-ACAH rakyat Sabah untuk membuat berbagai tuntutan dari Kerajaan Malaysia. Ada yang percaya bahawa ucapan-ucapan beliau telah sedikit sebanyak mempengaruhi berlakunya peristiwa pencerobohan Lahad Datu.

Kita tidak perlu membuka buku-buku sejarah untuk menjumpai kisah-kisah di mana beberapa buah negara PERSEKUTUAN telah bertukar menjadi negara-negara serpihan kecil. Sebagai contoh, Yugoslavia suatu masa dahulu adalah di antara beberapa negara amat kuat dan berpengaruh di kalangan negara dunia ketiga, tetapi di atas sebab-sebab perpecahan dalaman, telah TERPECAH menjadi negara-negara lebih kecil seperti Bosnia, Kosovo, selain dari Serbia yang merupakan tunggak utama negara Yugoslavia. Malah banyak wilayah Soviet Union telah bertindak keluar dari KESATUAN SOVIET, termasuk Uzbekistan, Kerzykhtan, Lituania, Moldova dan lain-lain. Apa yang tinggal dari bekas Soviet Union hanyalah Russia, wilayah terbesar dan tunggak utama Soviet Union.

Malah, akhir-akhir ini, terdapat gerakan untuk memerdekakan wilayah-wilayah tertentu dari negara yang lebih besar. United Kingdom, atau dahulu lebih dikenali dengan nama GREAT BRITAIN, sekarang mendapat tekanan dari rakyat Scotland yang dilihat telah berjaya dicenderungkan untuk merdeka dari United Kingdom. Di Sepanyol pula, Wilayah Catalonia, yang menjadi ‘home town’ kepada kelab bolasepak Barcelona, telah lama menuntut kemerdekaan dari Negara Sepanyol. Malah, terdapat banyak lagi gerakan untuk memerdekakan wilayah-wilayah tertentu di negara-negara tertentu di Timur Tengah, Benua Afrika dan Asia.

Pada firasat aku, setelah Pakatan Rakyat menang besar di Selangor pada PRU13 yang lalu, tidak mustahil ada sebahagian pemimpin-pemimpin mereka yang berminat untuk MENCUBA NASIB. Sekiranya Singapura, yang suatu masa dahulu merupakan sebahagian dari Malaysia, berjaya MEMAKSA Kerajaan Malaysia mengeluarkan negara tersebut dari Persekutuan Malaysia, apakah mustahil untuk pemimpin-pemimpin politik pembangkang terlintas memikirkan perkara yang sama bagi negeri-negeri di mana parti pembangkang mendapat kemenangan besar seperti Pulau Pinang dan Selangor.

Terbayang di kepala aku, apa akan jadi kepada penduduk Malaysia di Putrajaya, yang terletak di tengah-tengah negeri Selangor, SEKIRANYA Selangor tidak lagi menjadi sebahagian dari Malaysia…dan apakah kesudahannya perbicaraan KES LIWAT Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan yang terletak di Putrajaya, Malaysia.

Aku ‘mencampak’ andaian-andaian ini kepada rakyat dan Kerajaan BN Malaysia, supaya Kerajaan BN kita sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, dan tidak ‘caught by surprise’….atau ‘caught with pants down’.

Advertisements

ALI RUSTAM Wajar Diberi Peranan Penting Di Dalam Perjuangan MELAYU

October 2, 2013

Negeri Melaka adalah salah sebuah FRONT LINE STATES di dalam ‘perebutan kuasa’ antara Melayu dan Cina di Malaysia. Semasa Tanah Melayu masih di bawah ‘perlindungan’ atau PROTECTORATE British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura dikatagorikan sebagai NEGERI-NEGERI SELAT.

Walaupun Melaka adalah ibukota kepada Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, sebuah kuasa teragung di dalam sejarah kesultanan Melayu, Melaka sudah tidak ada Raja Melayu lagi sehingga sekarang, selepas robohnya Kota Melaka di tangan penjajah Portugis. Putra pertama Sultan Mahmud, Sultan Alauddin Riayat Shah telah menjadi sultan Johor pertama, sementara putra kedua baginda, Sultan Muzaffar Shah telah ditakhtakan sebagai Sultan Perak pertama.

Singapura telah bertukar menjadi salah sebuah negara GREATER CHINA. Pulau Pinang pula telah jatuh ke tangan parti CINA DAP. Tanpa langkah-langkah yang pro-aktif oleh pemimpin-pemimpin Melayu/UMNO di Melaka, tidak mustahil Melaka akan mengikut jatuh ke tangan anak-cucu IMMIGRANT DARI CINA. Pelancung dari Singapura amat gemar berkunjung ke Melaka. Malah para pemimpin dari Negara China sekali pun sentiasa meletakkan Melaka sebagai salah satu ‘itiniary’ lawatan mereka ke negara ini….mungkin kerana adanya BUKIT CINA…

Kita semua amat tahu tentang kepesatan pembangunan di Melaka di bawah pentadbiran DS Ali Rustam. Sungai Melaka, sungai di mana Laksamana Hang Tuah dan para hulubalangnya pernah hilir mudik mengawasi keselamatan perairan Melaka, sekarang telah bertukar menjadi suatu destinasi pelancungan ‘tidak boleh miss’ di Melaka. Tidak dapat dinafikan bahawa bekas Ketua Menteri Melaka, TS Rahim Tamby Chik, telah meletakkan beberapa asas penting membangunkan negeri Melaka, tetapi Melaka mencapai era ‘Negara Maju’ di era pentadbiran DS Ali Rustam.

Sebagai pemerhati politik Melayu, kita amat mengalukan usaha-usaha memajukan negara kita. Namun begitu, kita tidak mahu melihat pembangunan yang walhasilnya akan MEMINGGIRKAN bangsa Melayu. Kita amat terkejut dengan berita bahawa lebih 70% dari pembangunan kondo dan apartmen di NUSAJAYA telah dibeli oleh pembeli-pembeli dari luar negara, termasuk dari Singapura, Hong Kong, Taiwan, China dan lain-lain. Kita juga amat bimbang tentang trend penghijrahan Melayu Pulau Pinang ke Seberang Perai kerana harga hartanah di ‘Pulau’ yang melambung tinggi, terutama selepas Pulau Pinang jatuh ke tangan CINA DAP.

Apa yang menghairankan kita ialah bagaimana DS Ali Rustam berjaya mengekalkan CENGKAMAN UMNO/BN di Melaka, walaupun Melaka membangun dengan begitu pesat, dan kehadiran puluhan ribu para pelancung dari luar negara, terutama dari Singapura setiap minggu. Dari maklumat dari seorang kawan aku yang banyak terlibat dengan pembangunan hartanah di Melaka, DS Ali Rustam mungkin SATU-SATUNYA pemimpin Kerajaan Negeri yang MEWAJIBKAN kuota minima 50% pembeli Melayu/Bumiputra bagi semua projek perumahan di Melaka. Di negeri-negeri lain, kebanyakannya mengenakan kuota minima 30% sahaja.

Penentuan KUOTA PEMBELI RUMAH adalah suatu strategy AMAT PENTING di dalam menentukan ‘political survival’ bangsa Melayu. Semua pemimpin Melayu/UMNO semestinya memahami SOCIAL ENGINEERING, sebagai suatu pendekatan untuk mempertahankan kuasa politik. Pemimpin-pemimpin Melayu/UMNO perlu bekajar dari Lee Kwan Yiew, bekas Perdana Menteri Singapura di dalam memahami SOCIAL ENGINEERING. Sehingga sekarang, Singapore Housing Board memperuntukkan kuota 80% kepada pembeli bangsa Cina di dalam penjualan unit-unit kediaman di mana-mana sahaja di Singapura.

Aku dan kita semua AMAT BIMBANG dengan perkembangan pembangunan di Iskandar Malaysia, Pulau Pinang, malah di Putrajaya sendiri, di mana faktor KOMERSIL mengatasi segala-galanya. Kita perlukan lebih ramai pemimpin Melayu/UMNO berjiwa seperti DS Ali Rustam di dalam memperjuangkan SURVIVAL MELAYU. Tidak mustahil DS Ali Rustam sedikit sebanyak mewarisi darah, atau sekurangnya semangat Laksamana Hang Tuah’ dengan kata-kata peninggalannya ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia’.

Hari ini aku terbaca di Berita Harian, DS Ali Rustam meresmikan ‘Simposium Serantau Asal-Usul Melayu…’ selaku Presiden pertubuhan DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM, di Dewan Seri Negeri. Aku telah lama mengikuti kegiatan-kegiatan pertubuhan ini yang antara lain ialah untuk menyediakan ‘jambatan’ antara Melayu di seluruh dunia, terutama Melayu di Indonesia. Malah pertubuhan ini pernah mencadangkan pembinaan sebuah jambatan merintasi Selat Melaka, dari Melaka ke Dumai di Sumatra.

Kalaupun para 146,000 para perwakilan UMNO tidak memilih beliau sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO pada 19 Oktober nanti, aku percaya, DS Ali Rustam wajar diberikan peranan penting di dalam meneruskan BAHTERA PERJUANGAN umat Melayu. Namun begitu, jika para perwakilan sedia membuka website Dunia Melayu Dunia Islam, dan menjenguk sejenak melihat perkembangan pembangunan di Melaka, TANPA MEMINGGIRKAN BANGSA MELAYU, aku percaya beliau boleh memberikan ‘upset’ kepada calun-calun ‘favourite’ yang lain.

BERNAMA Pun ‘Berjerebu’….Semenanjung Tanah Melayu ATAU Semenanjung Malaysia Barat???

June 25, 2013

Siapa tidak kenal BERNAMA, ringkasan kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, atau Malaysian News Agensi. BERNAMA adalah antara rujukan-rujukan utama berita tempatan dan antarabangsa akhbar-akhbar Malaysia.

Semalam, tajuk-tajuk utama akhbar-akhbar tempatan ialah DARURAT JEREBU yang telah diisytiharkan di Muar dan Ledang, serta berita tentang tahap jerebu yang telah mencapai peringkat MEMBAHAYAKAN di negeri-negeri pantai barat SEMENANJUNG, khususnya di negeri-negeri di bahagian selatan SEMENANJUNG, khususnya Johor dan Melaka.

Di dalam ‘mentelaah’ berita-berita tempatan, ‘menu’ utama aku adalah akhbar ‘pembela Melayu’, Utusan Malaysia.

Apa yang AMAT menarik perhatian aku di antara berita-berita di dalam Utusan Malaysia semalam ialah penggunaan perkataan/ayat  ‘negeri-negeri selatan Semenanjung Tanah Melayu’. Seingat aku, amat jarang sekali akhbar-akhbar kita menggunakan nama ‘Semenanjung Tanah Melayu’. Sebagaimana dinyatakan di penghujung bahan berita tersebut, berita tersebut dirujuk kepada BERNAMA.

Namun begitu, di dalam akhbar PILIHAN umat Melayu tersebut juga, terdapat satu lagi bahan berita, yang juga merujuk kepada BERNAMA, menggunakan perkataan/ayat ‘negeri-negeri selatan Semenanjung Malaysia Barat’.

Tercetus di fikiran aku, bagaimana sebuah agensi berita begitu hebat seperti BERNAMA masih ‘berjerebu’ tentang panggilan sebenar kepada sebahagian dari negara Malaysia bernama Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu merupakan nama negara kita semasa kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1963, negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu(Perlis, Kedah, Pulau pinang, Perak, Selangor, Negri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Trengganu dan Kelantan) telah bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak, untuk membentuk MALAYSIA.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan, terdapat Perkara-Perkara yang jelas merujuk kepada negeri-negeri Tanah Melayu, yang sudah semestinya terletak di Semenanjung Tanah Melayu.

Sebaliknya, tidak ada istilah-istilah/nama-nama ‘Malaysia Barat’ dan ‘Malaysia Timur’ tercatat di dalam Perlembagaan Persekutuan. Apa yang ada ialah nama-nama negeri-negeri yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu, selain dari istilah ‘negeri-negeri Tanah Melayu’, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kita lupakan sahaja Singapura, kerana Singapura telah terkeluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Setinggi-tinggi tahniah kepada pemberita BERNAMA/Utusan Malaysia yang telah menggunakan nama ‘Semenanjung Tanah Melayu’, nama sebenar sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, bukannya nama ‘Semenanjung Malaysia Barat’.

Aku harap tidak timbul lagi masalah ‘jerebu’ tentang nama Semenanjung Tanah Melayu di kalangan pemberita-pemberita dan akhbar-akhbar di Malaysia. Semenanjung Tanah Melayu masih kekal sebagai nama ‘semenanjung’ di mana terletaknya 11 negeri-negeri Tanah Melayu, yang merupakan sebahagian dari Malaysia, selain dari Sabah dan Sarawak.

HAK MENGUNDI Wajar Dikhaskan Kepada Melayu/Bumiputra Sahaja

May 21, 2013

Mengikut catatan sejarah sebelum kemerdekaan negara kita, menjelang tahun 1930, bilangan kaum PENDATANG dari Tanah Besar Cina telah MELEBIHI penduduk Melayu/Bumiputra di Semenanjung Tanah Melayu. Namun begitu, bilangan kaum PENDATANG CINA tersebut mulai berkurangan semula pada awal 1930an disebabkan faktor kemelesetan ekononi. Kemelesetan ekonomi pada awal 1930an telah menyebabkan ratusan ribu PENDATANG tersebut meninggalkan negara ini, samada untuk kembali semula ke Tanah Besar Cina, atau berhijrah ke negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Australia.

Beberapa tahun sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957, penjajah British telah mendesak UMNO dan Raja-Raja Melayu supaya bersetuju dengan cadangan British supaya PENDATANG CINA yang telah berada di Persekutuan Tanah Melayu melebihi tempoh tertentu diberikan HAK KERAKYATAN. Malah, penjajah British telah dilihat menjadikan ini sebagai salah satu syarat yang perlu dipenuhi oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu, sebelum British boleh memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu.

Para pemimpin UMNO dan Raja-Raja Melayu pada masa itu berhadapan dengan satu DILEMA. Sekiranya mereka tidak bersetuju dengan cadangan British untuk memberikan hak kerakyatan kepada kaum PENDATANG CINA, British akan melewatkan tarikh kemerdekaan. Selagi Persekutuan Tanah Melayu belum merdeka, penjajah British akan terus membenarkan lebih ramai PENDATANG CINA masuk ke negara ini untuk bekerja di lombong-lombong bijih  timah. Hanya kemerdekaan boleh mengembalikan kuasa kepada UMAT MELAYU. Hanya kemerdekaan akan mengembalikan kuasa kepada UMAT MELAYU untuk tidak membenarkan KEBANJIRAN PENDATANG CINA ke Tanah Melayu.

Di dalam membuat pilihan ANTARA DUA KEBURUKAN, atau ‘between two evils’ ini, akhirnya pemimpin-pemimpin UMNO dan Raja-Raja Melayu bersetuju dengan cadangan British untuk memberikan HAK KERAKYATAN kepada kira-kira 1.2 juta PENDATANG CINA, dan 0.3 juta PENDATANG dari negara lain, pada tahun 1953…..dengan syarat warganegara keturunan PENDATANG mengiktiraf KEDUDUKAN ISTIMEWA KAUM MELAYU sebagai penduduk asal negeri-negeri Tanah Melayu. Persetujuan ‘di dalam paksaan’ ini mempercepat proses menuntut kemerdekaan, dan Persekutuan Tanah Melayu akhirnya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Aku ingin membandingkan sedikit keadaan di Persekutuan Tanah Melayu pada 1950an, dengan keadaan di negara jiran kita Singapura sekarang. Dipercayai hampir 50% penduduk Singapura sekarang terdiri dari PENDATANG EKONOMI dari negara asing. Sebahagian besar dari PENDATANG ASING di Singapura terdiri dari kaum Cina samada dari Malaysia, dan negara-negara ‘Greater China’ seperti Republik Rakyat Cina, Taiwan dan Hong Kong. Walaupun mereka ini kaum Cina, bangsa yang sama dengan kaum terbesar yang menguasai Singapura, PENDATANG ASING ini tidak diberikan hak kerakyatan oleh Kerajaan Singapura. Mereka yang bernasib baik akan diberikan hanya taraf PENDUDUK TETAP di Singapura. Apa yang menarik, di Singapura, semua penduduk tetap menikmati segala faedah sebagaimana WARGANEGARA SINGAPURA itu sendiri, KECUALI hak untuk mengundi di Singapura.

Aku percaya, pada tahun 1950an, pihak British sewajarnya perlu mencadangkan agar PENDATANG CINA di Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu hanya diberikan taraf PENDUDUK TETAP, sebagaimana diberikan oleh negara Singapura kepada PENDATANG ASING di negara mereka. Taraf penduduk tetap akan memberikan HAK TINGGAL KEKAL kepada PENDATANG CINA di Persekutuan Tanah Melayu. Ini bermakna mereka boleh meneruskan perniagaan mereka tanpa diganggu-gugat walaupun UMNO dan Raja-Raja Melayu akan mengambil-alih pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu. Mereka akan terus menikmati segala faedah yang dikecapi oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu….kecuali MENGUNDI dan MEREBUT KUASA POLITIK di Tanah Melayu, dan Malaysia.

Berdasarkan fakta-fakta sejarah yang telah aku kaji dan paparkan, amat tidak wajar jika kaum PENDATANG , yang hak kerakyatan mereka  telah dipaksakan ke atas UMAT MELAYU, diberikan kuasa untuk menentukan halatuju KUASA POLITIK di negara ini dengan diberikan hak mengundi. Aku percaya, KUASA POLITIK di negara ini wajar ditentukan oleh MELAYU/BUMIPUTRA sahaja…..kalau nak lihat dari sudut ‘popular vote’ pun, hendaklah diambil kira ‘popular vote’ Melayu/Bumiputra sahaja. Dengan lain perkataan, HAK MENGUNDI wajar dikhaskan kepada MELAYU/BUMIPUTRA sahaja.

PAS, Parti DUA WAJAH – Takut Bertakbir Di Depan DAP

April 27, 2013

Beberapa blog melapurkan betapa GEGAK GEMPITANYA Masjid Besi Putrajaya semalam dengan laungan ALLAH AKHBAR penyokong-penyokong PAS mengiringi perjalanan keluar Husam Musa, calun Parlimen Putrajaya PAS, selepas solat Jumaat.

Laungan ALLAH AKBAR adalah kepunyaan seluruh umat Islam. Malah di setiap sambutan hari raya pun kita semua bertakbir ALLAH AKBAR, ALLAH AKBAR, ALLAH AKBAR, walaupun dengan nada yang sedikit berbeza dengan laungan ALLAH AKBAR penyokong-penyokong PAS.

Namun begitu, kadang-kadang aku sedikit sangsi apakah penyokong-penyokong PAS benar-benar faham maksud laungan ALLAH AKBAR, laungan yang memuji KEBESARAN ALLAH, malah bermaksud ALLAH YANG MAHA BESAR.

Persoalan sedemikian timbul di dalam kepala aku apabila memerhatikan telatah penyokong-penyokong PAS, sebagaimana di Masjid Besi, Putrajaya, semalam. Kepada aku, laungan ALLAH AKBAR di Masjid Besi Putrajaya itu lebih bermatlamat untuk MEMBESAR-BESARKAN Husam Musa….lebih dari untuk membesarkan dan mengagungkan Allah swt itu sendiri.

Aku boleh ‘salute’ penyokong-penyokong PAS sekiranya mereka ‘consistant’ atau ‘istiqamah’ di dalam menggunakan laungan ALLAH AKBAR di semua perhimpunan dan majlis yang melibatkan pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong parti mereka, termasuk jika melibatkan parti-parti PAKATAN mereka, termasuk PKR dan DAP.

Apa yang menyedihkan aku ialah, jika pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PAS terlibat di dalam perhimpunan yang melibatkan pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PKR dan DAP, para penyokong PAS tidak pula ‘galak’ melaungkan ALLAH AKBAR, sebagaimana mereka laungkan di khalayak para jemaah solat jumaat di Putrajaya semalam.

Apakah penyokong-penyokong PAS hanya berani melaungkan ALLAH AKBAR secara lantang dan ‘gegak gempita’ hanya di hadapan umat Islam? Sedangkan kalau berhadapan dengan penyokong-penyokong CINA KAFIR DAP, mereka MEMBISU seperti tikus. Maksud aku, apakah bagi penyokong-penyokong PAS, wajah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, itu jauh lebih hebat dan besar, berbanding dengan KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH swt itu sendiri?

Amat jelas, PAS sudah menjadi sebuah parti DUA WAJAH. Di kalangan umat Islam, PAS bertakbir ALLAH AKBAR bagai nak pecah Masjid Besi Putrajaya….tetapi bila bersama pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PKR dan DAP, laungan ALLAH AKBAR tidak kedengaran lagi, sebagaimana tidak terdengarnya laungan ALLAH AKBAR azan dari masjid-masjid dan surau-surau di Singapura.

Tidak Mustahil Pemilikan Hartanah di PUTRAJAYA Akan Dikuasai Kaum Cina dan Warga Asing

February 2, 2013

Semalam merupakan HARI WILAYAH PERSEKUTUAN. Kepada seluruh warga wilayah-wilayah Persekutuan, aku ucapkan Selamat Hari Wilayah Persekutuan.

Terdapat 3 Wilayah Persekutuan di negara kita iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Walaupun Kuala Lumpur adalah Wilayah Persekutuan terawal dan kekal sebagai ibu negara Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa Putrajaya adalah Wilayah Persekutuan terpenting, kerana di sanalah letaknya PUSAT PENTADBIRAN negara kita. Tidak menghairankan, parti-parti politik yang akan ‘bertarung’ di dalam PRU ke 13 akan datang semuanya mengimpikan untuk menguasai PUTRAJAYA.

Aku pernah menulis di dalam blog ini suatu coretan bertajuk ‘Dari Melaka ke Putrajaya’. Melaka adalah lambang KEGEMILANGAN TAMADDUN MELAYU era sebelum penjajahan kuasa-kuasa barat ke atas Kepulauan Melayu, sementara Putrajaya pula ialah lambang KEGEMILANGAN TAMADDUN MELAYU selepas era penjajahan kuasa-kuasa barat. Namun begitu,  TAMADDUN MELAYU bukan bermula di Melaka, dan tidak akan berakhir di Putrajaya.

TAMADDUN MELAYU telah bertapak di Kepulauan Melayu sejak  ‘time immemorable’ atau ‘suatu zaman yang tidak boleh diingati oleh sesiapa’, tetapi  sudah pasti LEBIH AWAL dari era pelayar-pelayar Greek, Arab dan China mula melalui Selat Melaka, malah LEBIH AWAL dari tarikh pengkaji-pengkaji sejarah Arab dan China mula menulis buku-buku sejarah mereka. Kehebatan Kesultanan Melayu Melaka merupakan kesinambungan kepada kehebatan empayar-empayar Melayu sebelum Empayar Melayu Langkasuka(2M-5M), Empayar Melayu Srivijaya(5M-12M) dan Empayar Majapahit(12M-14M). Putrajaya pula ialah tampuk kekuasaan Bangsa Melayu di zaman kita, yang sudah pasti akan diikuti oleh kejayaan-kejayaan lebih besar umat Melayu di abad-abad dan kurun-kurun mendatang.

Di saat kita berbangga dengan empayar-empayar Melayu silam, jangan kita lupa bahawa kehebatan empayar-empayar Melayu di zaman silam sentiasa terdedah kepada ancaman kuasa-kuasa asing. Kesultanan Melayu Melaka menjadi pemegang obor Empayar Melayu selama lebih 100 tahun, sebelum bandar pelabuhan Melaka jatuh ke tangan penjajah Portugis pada tahun 1511. Namun begitu,  kejatuhan ‘pusat pentadbiran’ Kesultanan Melayu Melaka itu tidak bermakna berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Melayu Melaka terus dipertahankan,  hanya  ‘pusat pentadbiran’ berubah dari Melaka ke Johor, dari Johor ke Bentan, dan dari Bentan ke Kampar, di Sumatera. Malah, putera-putera Sultan Mahmud Shah, sultan Melaka yang terakhir,  merupakan pengasas-pengasas kepada Kesultanan Melayu Johor dan Kesultanan Melayu Perak.

PUTRAJAYA merupakan jelmaan semula kehebatan TAMADDUN MELAYU, di dalam bentuk yang lebih canggih, sesuai dengan era ICT dan GLOBALISASI sekarang. Putrajaya, secara fizikalnya, telah dirancang dengan begitu rapi, dengan Lebuhraya yang lebar, rekabentuk tasik dan landskap yang begitu menyegarkan, dan bangunan-bangunan tersergam indah. Malah rekabentuk Perdana Putra, pejabat rasmi Perdana Menteri, yang berhadapan dengan Masjid Putra, dan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri, yang semuanya bercirikan senibina Islam, menyerlahkan kedudukan Islam sebagai AGAMA PERSEKUTUAN. Tahniah kepada Tun Dr Mahathir, ‘arkitek sebenar’ Putrajaya.

Namun begitu,  sebagai ‘pejuang bangsa Melayu berpaksikan agama Islam’, ada beberapa aspek perancangan ‘NON-PHYSICAL’ Putrajaya yang sedikit mengganggu pemikiran aku. Kita semua tahu bahawa Pemaju utama Putrajaya ialah Putrajaya Holdings Sdn. Bhd.PJH), sebuah syarikat milik PETRONAS, selain dari Khazanah Nasional. Ini bermakna, PJH adalah milik Kerajaan secara tidak lansung. Sedangkan Kerajaan pula diterajui oleh Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO, sejak merdeka sehingga sekarang.  Kita juga faham bahawa Putrajaya Holdings dan Petronas adalah entiti ‘business’ yang mana matlamat utama mereka adalah KEUNTUNGAN.

Kalau kita buka website Putrajaya Holdings, dan firma-firma hartanah yang memasarkan hartanah di Putrajaya, salah satu perkara utama ditonjolkan ialah bahawa semua hartanah di Putrajaya adalah berstatus FREEHOLD. Ini bermakna, penjualan hartanah di Putrajaya tidak tertakluk kepada sebarang peratusan  KUOTA MELAYU/BUMIPUTRA. Oleh itu, Putrajaya Holdings boleh menjual 100% dari bilangan unit-unit kediaman dan komersil yang dimajukan kepada pembeli BUKAN MELAYU, termasuk BUKAN MELAYU WARGA ASING.

Sedangkan, sebagai perbandingan, di Singapura, sebarang penjualan hartanah tertakluk kepada ‘Racial Quota’ yang ditetapkan oleh kerajaan Singapura yang dikuasai oleh bangsa Cina, di mana di dalam mana-mana ‘neighbourhood’, atau  ‘blok apartmen’ di Singapura, peratusan pembeli diwajibkan mengikut  komposisi kaum penduduk Singapura, iaitu Cina 80%, Melayu 15% dan India dan lain-lain 5%. Dengan cara ini, Kerajaan Singapura berjaya boleh mengekalkan komposisi penduduk di mana-mana ‘neighbourhood’ atau ‘blok apartmen’ di Singapura mengikut komposisi kaum keseluruhan penduduk Singapura.

Kembali kita ke Putrajaya. Di dalam kesibukan media-massa pro-BN memaparkan kisah kenaikan mendadak harga hartanah di Pulau Pinang, ramai dari kita tidak menyedari bahawa harga hartanah di Putrajaya, lambang kehebatan TAMADDUN MELAYU di abad ini, sudah melonjak begitu tinggi, sehingga tidak tercapai lagi oleh kebanyakan pembeli-pembeli Melayu/Bumiputra.  Sekarang sudah sukar untuk membeli  Rumah Teres dua tingkat di Putrajaya dengan harga kurang dari RM 500,00.00. Harga Rumah Semi-D pula antara RM800,000.00-RM1,200,000.00, sementara Rumah Banglo pula antara RM 1,500,000.00-RM 2,500,000.00. Malah harga lot tanah kosong pun sudah melebihi RM 100.00 se k.p., bermakna satu lot tanah banglo kosong berkeluasan 6,000 k.p. akan dijual dengan harga tidak kurang dari RM 600,000.00.

Tidak dapat dinafikan bahawa kuasa membeli orang Melayu sudah meningkat, dan  memang ada pembeli-pembeli Melayu/Bumiputra yang mempunyai kemampuan untuk membeli hartanah-hartanah pada harga tersebut….persoalannya, sejauh mana pemilik Melayu/Bumiputra akan dapat mempertahankan pemilikan mereka jika mereka menerima tawaran berganda-ganda untuk menjual kediaman mereka kepada pembeli warga asing. Di sinilah kehebatan pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu, memasukkan peruntukan TANAH RIZAB MELAYU di dalam Perlembagaan Negara kita, dengan matlamat, di dalam setiap masa dan keadaan, umat Melayu akan tetap memiliki 50% dari TANAH di negara ini, yang tidak boleh dijual kepada bukan Melayu. Sewajarnya, peraturan berhubungan pemilikan  TANAH RIZAB MELAYU dijadikan panduan di dalam kita menyediakan garis-panduan berkenaan pemilikan unit-unit perumahan dan komersil, terutamanya di Putrajaya.

Sempena HARI WILAYAH PERSEKUTUAN yang mulia ini, aku amat berharap, pemimpin-pemimpin UMNO dan Kerajaan, Petronas, Putrajaya Holdings, UMNO Bahagian Putrajaya, NGO-NGO Melayu dan semua pihak yang terlibat dan berminat di dalam menentukan halatuju perancangan dan pembangunan Putrajaya, untuk menyemak semula dasar-dasar pemilikan hartanah di Putrajaya bagi menentukan bahawa Bangsa Melayu/Bumiputra mampu memiliki, dan kekal memiliki, sekurang-kurangnya 50% dari hartanah di Putrajaya, selaras dengan dasr-dasar lain berkaitan, termasuk peruntukan RIZAB MELAYU di dalam Perlembagaan Negara kita. Sekiranya Kerajaan Singapura boleh melaksanakan sistem ‘racial quota’ di dalam pembangunan perumahan di negara mereka, apa masalahnya dengan kita…

PUTRAJAYA adalah lambang kegemilangan TAMADDUN MELAYU di zaman kita. Oleh itu, komposisi penduduk Putrajaya perlu mencerminkan komposisi kaum di negara ini. Kita tidak mahu, selain dari hartanah-hartanah yang disediakan oleh Kerajaan untuk disewa oleh pegawai-pegawainya yang bertugas di Putrajaya, pemilikan hartanah sektor swasta di Putrajaya dikuasai oleh KAUM CINA dan WARGA ASING.

Kerajaan Wajar LONGGARKAN Syarat Kerakyatan Bagi Kaum Melayu, Tetapi KETATKAN Syarat Bagi Kaum Bukan Melayu

January 30, 2013

Perkataan MALAYsia bermakna ‘Tanah Bangsa Melayu’ atau ‘Land of the Malays’. Selain dari MALAYSIA, tidak ada lagi negara di dunia ini yang namanya dikaitkan dengan BANGSA MELAYU.

Umat Melayu bertebaran di seluruh dunia. Rumpun Melayu merupakan  90% dari penduduk Indonesia dan 66% penduduk Brunei, namun begitu nama-nama Indonesia dan Brunei tidak dikaitkan dengan identiti bangsa-bangsa Rumpun Melayu yang terdapat di Indonesia atau Brunei. Rumpun Melayu pula merupakan minoriti di negara jiran Malaysia iaitu   15% penduduk Singapura,  5-10% penduduk  Filipina dan 5% penduduk Thailand. Terdapat juga kumpulan besar umat Melayu di Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Namun begitu, tidak boleh dinafikan bahawa SEJARAH telah mengiktiraf RUMPUN MELAYU sebagai pemerintah dan penduduk asal kepada suatu bahagian dunia yang dinamakan KEPULAUAN MELAYU, yang disebut oleh bangsa-bangsa penjajah Eropah sebagai MALAY ARCHIPELAGO, yang mencakupi sebahagian besar wilayah ‘semenanjung dan pulau-pulau’ ASIA TENGGARA. Malah, bahasa Melayu dipertuturkan oleh kira-kira 300 juta Rumpun Melayu di bahagian dunia ini, menjadikannya sebagai bahasa ke-lima paling meluas penggunaannya di dunia.

Memandangkan Bangsa Melayu dan Rumpun Melayu adalah penduduk asal KEPULAUAN MELAYU, adalah amat wajar sekiranya umat Melayu dari mana-mana negara yang merupakan sebahagian dari KEPULAUAN MELAYU diberi KELONGGARAN untuk berhijrah ke negara-negara KEPULAUAN MELAYU yang lain. Umpamanya, umat Melayu di selatan Thailand, selatan Filipina, Singapura dan Indonesia, wajar diberi kelonggaran untuk berhijrah ke Malaysia, malah untuk memohon menjadi warganegara negara ini. Sebagai sebahagian dari Rumpun Melayu, mereka bertutur Bahasa Melayu, menganut agama Islam dan mengamalkan budaya dan adat resam yang sama dengan kita di Malaysia.

Namun begitu, kelonggaran yang sama tidak wajar diberikan kepada mereka dari luar KEPULAUAN MELAYU, kerana mereka tidak boleh bertutur Bahasa Melayu, tidak menganut agama Islam, dan jauh sekali mengamalkan kebudayaan dan adat resam Melayu. Sekiranya jumlah kaum minoriti yang tidak boleh bertutur Bahasa Melayu, tidak menganut agama Islam, dan tidak mengamalkan budaya Melayu, diberi kelonggaran yang sama sehingga menjadi minoriti yang terlalu besar, atau sehingga jumlah mereka mengatasi jumlah penduduk asal Rumpun Melayu, tidak mustahil keadaan seperti ini boleh membuka ruang kepada persengketaan kaum suatu hari nanti. Malah sejarah telah membuktikan bagaimana kaum pendatang warganegara China, yang berhijrah ke Tanah Melayu asalnya untuk mencari peluang pekerjaan, yang menganggotai Parti Komunis Malaya, telah cuba merampas kuasa dari tangan orang Melayu sebaik sahaja Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.

Sebagai perbandingan, kita lihat sahaja bagaimana negara Israel menggunakan ‘The Laws of Return’ untuk menerima semua bangsa Yahudi dari mana-mana sahaja pelusuk dunia berhijrah atau kembali ke Israel, dan menjadi warganegara Israel. Begitu juga negara jiran kita Singapura yang memberikan banyak KELONGGARAN kepada kaum Cina untuk berhijrah ke negara pulau itu sebagai ‘permanent residents’, malah sebagai warganegara Singapura. Malah, kalau kita perhatikan komposisi kaum negara-negara ‘Greater China’ termasuk Republik Rakyat China, Hong Kong, Taiwan dan Macao, penduduk bangsa Cina merupakan lebih 95% dari penduduk negara-negara tersebut, membuktikan negara-negara tersebut seolah-olah SECARA TERANCANG menyekat penghijrahan kaum bukan Cina ke negara-negara tersebut, apatah lagi menerima bukan Cina sebagai warganegara mereka.

Memandangkan negara-negara ‘Greater China’ dan Singapura begitu tegas di dalam mempertahankan komposisi kaum Cina di negara masing-masing, aku fikir, apa salahnya Kerajaan kita MELONGGARKAN syarat-syarat kerakyatan untuk Rumpun Melayu menjadi warganegara MALAYsia….dan MENGETATKAN syarat-syarat kerakyatan untuk mereka dari luar Rumpun Melayu.


%d bloggers like this: