MH370 – Implikasi Anwar Ibrahim Tuduh Kerajaan Sembunyi Fakta

Posted April 7, 2014 by warisan tmk
Categories: Uncategorized

Tags: , , , , ,

Anwar Ibrahim dilapurkan telah memburukkan Kerajaan di dalam hal kehilangan pesawat MAS MH370, termasuk melalui suatu wawancara dengan sebuah akhbar luar negara.

Antara lain, Anwar Ibrahim menuduh Kerajaan MENYEMBUNYIKAN fakta-fakta berhubung kehilangan pesawat tersebut.

Ringkasnya, walaupun Anwar Ibrahim tidak berpeluang mendapat maklumat-maklumat secara lansung dari pakar-pakar penerbangan yang sedang mengendalikan pencarian dan siasatan kes tersebut, Anwar Ibrahim seolah-olah ingin mendabik dada seolah-olah dia lebih tahu banyak fakta berhubung kehilangan MH370, berbanding dengan Kerajaan.

Sebagaimana dilapurkan, Juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah ialah bapa saudara kepada menantu Anwar Ibrahim, selain Kapten Zaharie Ahmad Shah juga merupakan seorang penyokong kuat PKR. Walaupun kedua-dua Anwar Ibrahim dan Wan Azizah pada mulanya menafikan bahawa mereka mengenali Kapten Zaharie Ahmad Shah, Anwar Ibrahim akhirnya mengakui yang beliau kenal Kapten Zaharie Ahmad Shah. Malah Anwar Ibrahim sendiri dilapurkan mengesahkan bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah amat sedih dan tertekan dengan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang telah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar Ibrahim kerana meliwat bekas pembantu pejabatnya….kira-kira 6-7 jam sebelum pesawat MH370 yang dikendalikan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah berlepas ke destinasi Beijing, China.

Bagi aku, aku tidak terkejut jika Anwar Ibrahim begitu yakin menuduh Kerajaan menyembunyikan fakta-fakta tertentu…..sekiranya Anwar Ibrahim sendiri mengetahui CERITA SEBENAR di sebalik kehilangan pesawat MH370.

MH370 – Ku Seman Tidak Layak Menjadi Pengarang Utusan Malaysia

Posted April 7, 2014 by warisan tmk
Categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , ,

Utusan Malaysia adalah JURUBICARA UMAT MELAYU. Utusan Malaysia adalah LIDAH KEBENARAN di dalam memacu perjuangan umat Melayu dan mempertahankan hak-hak Melayu. Salah satu kekuatan Utusan Malaysia ialah memperkatakan yang benar, walaupun ianya pahit bagi mereka yang ‘allergic’ dengan kebenaran.

Namun begitu, semalam, penulisan Ku Seman di Mingguan Malaysia seolah-olah ingin merendahkan martabat Utusan Malaysia ke paras surat-surat khabar nyamuk seperti HARAKAH. Malangnya penulisan Ku Seman sudah tentu dilihat sebagai mewakili Utusan Malaysia.

Ku Seman boleh mengeluarkan pendapatnya di kedai mamak…itu haknya untuk mengeluarkan pendapat. Tetapi, sekiranya beliau ingin mengenengahkan pandangan atau imaginasi peribadinya di Mingguan Malaysia, beliau perlu mempunyai ASAS-ASAS yang kuat untuk menyokong pandangannya.

Di dalam mengaitkan CIA dengan peristiwa serangan ke atas WTC di New York, beliau menyoal, bagaimana pemberita CNN boleh merakamkan peristiwa tersebut secara ‘live’ sekiranya mereka tidak terlibat di dalam serangan tersebut? Apakah Ku Seman sendiri pernah melontarkan persoalan ini kepada wakil CNN untuk menjawab teka-teki yang timbul di kepalanya. kepada Ku Seman, aku ingin bertanya satu soalan mudah….sekiranya pihak polis boleh mendapatkan ‘tayangan’ suatu kejadian rompakan bank, apakah semestinya pihak polis terlibat dengan rompakan tersebut? Itu kita bercakap tentang CCTV…sedangkan CNN adalah agensi berita tercanggih di dunia….sekiranya mereka boleh meletakkan pemberita mereka di tengan medan perang, apakah susahnya untuk menghantar pemberita mereka ke WTC di dalam masa yang paling singkat setelah mendapat asebarang ‘tip off’.

Di dalam mengenengahkan ‘Teori Konspirasi’ CIA di dalam kes MH370, Ku Seman gagal sama sekali memberikan sebarang asas yang ‘credible’. Apa yang dia ketengahkan hanyalah IMAGINASI beliau semata-mata. Ku Seman kena faham bahawa Amerika berhadapan berbagai-bagai masalah yang jauh lebih besar dari kehilangan MH370, antaranya perbalahannya dengan Russia di dalam isu CRIMEA/YUKHRAIN, Pilihanraya Presiden di Afghanistan, dan lain-lain. Bagi Amerika, sudah memadai sekiranya sekutunya Australia mengetuai usaha mencari pesawat MH370 yang dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi.

Ku Seman tidak wajar sama sekali menggunakan kedudukannya di Utusan Malaysia untuk melayani khayalan peribadinya.

MH370, MAS dan Malindo – Apakah Nyawa Penumpang di Hujung Tanduk?

Posted March 27, 2014 by warisan tmk
Categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , ,

Persepsi umum ialah bahawa perjalanan menggunakan kapal terbang adalah jauh lebih selamat dari menggunakan kenderaan darat. Kapal terbang dipercayai diselenggara mengikut piawaian-piawaian bertaraf antarabangsa, oleh itu jarang sekali berhadapan dengan masalah-masalah mekanikal dan teknikal semasa dalam penerbangan.

Namun begitu, persepsi sedemikian mula tergugat berikutan Tragedi MH370, dan dua insiden melibatkan pesawat MAS MH066 dan sebuah pesawat milik Malindo Air beberapa hari lalu. Pesawat MH370 diputuskan telah ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi. Pesawat MH066 dari KLIA ke Korea telah mendarat cemas di Hong Kong kerana generator tidak berfungsi. Sementara pesawat Malindo Air pula mengalami kebakaran kepada salah satu engine tidak sampai 5-7 minit setelah berlepas dari Subang dalam penerbangan ke Kuala Trengganu.

Walaupun pesawat MAS MH066 dan pesawat Malindo Air telah berjaya didaratkan dengan selamat, dan tanpa kehilangan nyawa atau kemalangan kepada penumpang, KEBERTURUTAN terjadinya Tragedi MH370 dan insiden-insiden tersebut di atas di dalam tempoh dua minggu menimbulkan persoalan…apakah terdapat sebarang KECUAIAN di dalam pemeriksaan-pemeriksaan teknikal yang dilakukan ke atas setiap pesawat sebelum ianya berlepas. Di dalam kes pesawat Malindo Air umpamanya, apakah checklist pemeriksaan teknikal sebelum berlepas yang telah dibuat….sehingga injin boleh terbakar tidak sampai 5-7 minit selepas kapal terbang berlepas ke udara?

Walaupun pesawat MAS MH066 berjaya didaratkan di Hong Kong dan pesawat Malindo Air selamat didaratkan semula di Lapangan Terbang Subang, cuba kita bayangkan betapa TRAUMAnya para penumpang yang terpaksa berhadapan dengan suasana ‘nyawa di hujung tanduk’.

Rakyat perlu diyakinkan semula tentang tahap KESELAMATAN pesawat-pesawat syarikat penerbangan milik Kerajaan kita atau syarikat-syarikat dari negara kita. Kita tidak mahu timbul suatu persepsi bahawa di dalam keghairahan syarikat-syarikat penerbangan mengejar keuntungan atau mengurangkan kerugian, aspek-aspek tertentu yang boleh menjamin KESELAMATAN penumpang diabaikan. Di antara beberapa tanda-tanya di fikiran rakyat termasuk:

1. Aspek PENYELENGGARAAN pesawat
Kita percaya badan-badan penerbangan antarabangsa ada menetapkan berbagai piawaian PENYELENGGARAAN pesawat…tetapi sejauh mana ianya dipatuhi oleh badan-badan penguatkuasa di Malaysia seperti Jabatan Penerbangan Awam(DCA).

2. Aspek KELAYAKAN JURU-TERBANG
Kebanyakan kita tahu bahawa kelayakan akademik untuk menjadi juruterbang tidaklah terlalu tinggi. Mendapat kelulusan baik di dalam matapelajaran tertentu di peringkat SPM sudah cukup untuk diterima memasuki FLYING SCHOOL yang kebanyakannya adalah milik swasta. Persoalannya, apakah ada unsur-unsur KOMPROMI di dalam melahirkan JURUTERBANG berwibawa dan kompeten, di dalam suasana pertandingan antara SEKOLAH-SEKOLAH PENERBANGAN swasta.

3. Aspek SUASANA KERJA JURU-TERBANG
Terdapat suatu persepsi bahawa para juruterbang amat sukar untuk ada masa lapang untuk bersama keluarga mereka. Apakah ini benar? Walaupun gaji seorang juruterbang biasanya amat baik, mungkin mencecah RM25K-RM40K sebulan, apakah ini justifikasi untuk MEMERAS mereka, sehingga mereka jarang ada kelapangan bersama isteri dan anak-anak. Apakah mereka diberikan, katakanmasa ‘free and easy’ katakan sehari dua antara penerbangan antarabangsa, supaya mereka boleh berehat, termasuk mendapat masa tidur yang cukup.

Itu di antara beberapa aspek yang aku fikir DCA perlu OVERHAUL dan NILAI SEMULA selepas terjadinya urutan tragedi, peristiwa dan kejadian-kejadian sejak dua minggu lepas. Kita tidak mahu nyawa penumpang, samada rakyat Malaysia atau negara asing, dan anak-anak kapal bagai ‘telur di hujung tanduk’.

MH370 – Apakah Ada Unsur ‘ANWAR-LINKED’?

Posted March 19, 2014 by warisan tmk
Categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Kita seolah-olah sudah dibiasakan dengan suatu kenyataan, bahawa setiap peristiwa berunsur KEKECOHAN yang berlaku di negara kita sejak 10-15 tahun lalu, tidak sunyi dari mempunyai kaitan lansung atau tidak lansung dengan PERSONALITI PALING KONTRAVERSI di negara kita, iaitu ketua pembangkang di Parlimen Malaysia, Anwar Ibrahim.

Di dalam isu KALIMAH ALLH, Anwar Ibrahim adalah di antara beberapa pemimpin politik Melayu/Islam yang beriya-iya memberi muka kepada bukan Islam, khususnya penganut Kristian dengan mendakwa bahawa KALIMAH ALLAH boleh digunakan oleh bukan Islam. Walaupun kepimpinan Dewan Ulama PAS sendiri tidak menyokong pendirian Anwar Ibrahim, beliau seakan telah berjaya ‘menguasai’ Nik Aziz dan Hj Hadi untuk menyokong pendirian songsang beliau. Isu ini belum selesai dan bakal menjadi FLASH-POINT yang dahsyat antara umat Islam dan penganut Kristian di negara ini.

Kira-kira setahun lalu, kita rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan peristiwa pencerobohan ‘Tentera Kesultanan Sulu’ di Lahad Datu. Di dalam pasukan keselamatan kita bersabung nyawa untuk menggempur para penceroboh, timbul berbagai-bagai berita tentang beberapa orang kanan Anwar Ibrahim, termasuk Sivarasa dan Tian Chua, telah berkunjung ke Manila beberapa bulan sebelum peristiwa tersebut untuk berunding sesuatu dengan kerabat Kesultanan Sulu…malah Anwar Ibrahim sendiri dilapurkan telah bertemu dengan bekas Pengerusi Moro National Liberation Front(MNLF) di dalam usahanya untuk mendapat sokongan rakyat Malaysia di Sabah yang berketurunan Moro dan ethnik-ethnik Muslim lain dari Selatan Filipina. Malah banyak pihak berpandangan bahawa Anwar Ibrahim telah ‘bermain dengan api’ apabila mengapi-apikan rakyat Sabah dengan tawaran kuasa autonomi jika PR menang PRU13 Mei tahun lalu.

Sejak 12 hari lepas, rakyat Malaysia dan seluruh warga dunia dikejutkan pula dengan peristiwa MISTERI kehilangan pesawat MH370 yang sedang di dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Setelah seminggu usaha-usaha ‘Searh and Rescue’ di Laut China Selatan, Selat Melaka dan Laut Andaman, Perdana Menteri Malaysia DS Najib Tun Razak telah mendedahkan rumusan pakar-pakar penerbangan dan satelit dari Amerika Syarikat dan Britain, bahawa pesawat MH370 telah diubah halatuju penerbangannya oleh ‘seseorang di dalam kapal terbang’. Beberapa jam selepas pendedahan tersebut, pihak polis dilapurkan telah memeriksa rumah juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid, selain dari menjalankan siasatan terhadap anak-anak kapal dan penumpang yang lain. Di rumah Kapten Zaharie, pihak polis telah menemui peralatan simulator penerbangan yang memungkinkan Kapten Zaharie memahirkan dirinya dengan semua lapangan terbang di seluruh dunia.

Semalam, kedua-dua Anwar Ibrahim dan Wan Azizah, telah memperakui bahawa mereka mengenal juruterbang tersebut. Sebelum itu, terdapat lapuran-lapuran dari beberapa akhbar luar negara bahawa Kapten Zaharie merupakan salah seorang penyokong ‘obsessive’ Anwar Ibrahim…sehingga beliau dilapurkan telah berada di Istana Kehakiman Putrajaya pada petang jumaat 7 Mac 2014, semasa Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar Ibrahim di atas kesalahan jenayah MELIWAT….dan keputusan hakim hanya dibuat hanya kira-kira 6 jam sebelum Kapten Zaharie dijadualkan mengendalikan penerbangan MAS MH370 dari KLIA ke Beijing.

Ingin aku ‘refresh’ ingatan kita semua bahawa KES LIWAT Anwar Ibrahim bermula pada tahun 2008. Bermakna, hukuman terhadap Anwar Ibrahim hanya berlaku lebih dari 5 tahun selepas mangsa Anwar Ibrahim membuat lapuran polis terhadap bosnya. Kita semua tahu tempoh masa begini lama adalah disebabkan siri penangguhan oleh barisan peguam Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh. Kalau ditukar kepada hari, 5 tahun bersamaan dengan 1,825 hari. Ini bermakna Saiful terpaksa menunggu lebih dari 5 tahun atau 1825 hari sebelum mendapat keadilan.

Pada pagi Sabtu, 8 Mac 2014, keluar berita kehilangan pesawat MAS MH370. Tidak lama kemudian, beberapa blog pro-BN mula mendedahkan bahawa juruterbang Kapten Zaharie adalah seorang penyokong tegar Anwar Ibrahim…termasuk memaparkan gambarnya berdiri bersama seorang peguam Anwar Ibrahim, Sivarasa di dalam suatu program dipercayai program PKR.

Lantas, TERDETIK di hati aku…..setelah kes LIWAT Anwar Ibrahim tertangguh begitu lama, lebih dari 5 tahun….kenapa pada HARI YANG SAMA Anwar Ibrahim didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya, dan pada hari yang sama Anwar Ibrahim telah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun….pesawat MAS MH370, yang dipandu oleh seorang penyokong tegar Anwar Ibrahim, yang turut berada di Mahkamah Rayuan Putrajaya semasa hukuman ke atas Anwar Ibrahim dijatuhkan….tiba-tiba hilang dengan penuh misteri…

Apakah kedua peristiwa ini berlaku secara KEBETULAN? Atau apakah ianya hasil dari suatu perancangan yang rapi, yang telah memakan masa berbulan-bulan malah bertahun. Kita semua tahu Anwar Ibrahim adalah ‘Gift from God’, dan di antara kelebihannya ialah kebolehan merancang sesuatu jauh ‘ahead of’ pihak lain…malah berupaya merancang sesuatu yang TIDAK PERNAH TERFIKIR oleh pihak ‘musuh-musuh’ politiknya. Do not ever under-estimate Anwar Ibrahim…he is genius!!!

Sebagaimana dibincangkan oleh pakar-pakar penerbangan, sekiranya pesawat tersebut telah di ‘hijack’, terdapat banyak cara untuk juruterbang, pembantu juruterbang dan anak-anak kapal memaklumkan, atau sekiranya ‘under duress’ menghantar secara rahsia maklumat kepada Control Tower, malah kepada pesawat-pesawat lain.

Berdasarkan beberapa lapuran terkini, banyak pihak mula memikirkan apakah mungkin juruterbang sendiri yang ‘hijack’ pesawat tersebut…untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu. Sekiranya ini benar, persoalan berikutnya ialah KE MANA pesawat ingin di bawa dan UNTUK TUJUAN APA? Dan, memandangkan ianya berlaku hanya 6-7 jam selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar Ibrahim, persoalan di benak aku dan ramai rakyat Malaysia lain ialah, APAKAH KEDUA PERISTIWA ini berkaitan antara satu sama lain.

Di Mana Salahnya Nama PERKASA dan BARISAN PERPADUAN NASIONAL?

Posted March 2, 2014 by warisan tmk
Categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , ,

PERKASA, atau ‘Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia’ adalah di antara puluhan NGO Melayu yang telah lahir berikutan dari sikap OVERWHELMING MAJORITY pengundi Cina yang telah menikam UMNO/BN dari belakang sejak PRU12 2008. PERKASA dan lain-lain NGO Melayu telah bangkit untuk menyedarkan umat Melayu, supaya bersatu di dalam mempertahankan hak-hak mereka sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan, yang telah digubal berasaskan perjanjian SOSIAL KONTRAK antara bangsa Melayu dan bangsa-bangsa pendatang di negara ini.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, Perkara 153 hanya menyebut ‘…kedudukan istimewa ORANG MELAYU…’. Namun begitu, setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Perkara 153 telah dipinda menjadi ‘…kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak…’. Ini bermakna, sebelum penubuhan Malaysia, satu-satunya kaum bumiputra di Persekutuan Tanah Melayu adalah ORANG MELAYU, dan pada masa itu ORANG ASLI di Persekutuan Tanah Melayu juga dikira tergolong di dalam ORANG MELAYU.

Setelah pembentukan Malaysia, Perkara 153 Perlembagaan perlu mengambil kira kewujudan beratus-ratus kaum bumiputra Sabah dan Sarawak termasuk Iban, Kadazan, Bajau, Melanau dan sebagainya. Mereka dari pelbagai kaum bumiputra Sabah dan Sarawak inilah yang dimaksudkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dengan ‘….dan bumiputra mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

Kaum Melayu adalah sebahagian dari kaum-kaum bumiputra di negara ini. Mengikut banci tahun 2010, penduduk Malaysia adalah seramai 28.3 juta orang. Dari jumlah tersebut, 67.4%(19 juta) terdiri dari kaum BUMIPUTRA, sementara dari kaum BUMIPUTRA pula terdiri dari kaum MELAYU(16 juta). Ini bermakna penduduk Melayu merupakan 57% dari seluruh penduduk Malaysia.

Berdasarkan statistik tersebut di atas, aku pernah mempersoalkan melalui beberapa penulisan aku sebelum ini, KENAPA Datuk Ibrahim Ali dan mereka yang menubuhkan PERKASA mengenepikan atau meninggalkan kalimah ‘MELAYU’ dari nama PERKASA. Sedangkan bangsa Melayu merupakan 84% dari kaum Bumiputra, selain dari membentuk 57% dari keseluruhan penduduk Malaysia. Kenapa tidak menamakan pertubuhan tersebut sebagai PERTUBUHAN MELAYU DAN BUMIPUTRA PERKASA MALAYSIA? KENAPA dibiarkan kalimah ‘MELAYU’ ditenggelamkan oleh perkataan ‘BUMIPUTRA”.

Dua tiga hari lepas, PERKASA bersama-sama lebih 50 NGO Melayu yang lain telah berkumpul di Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, untuk mengasaskan penubuhan BARISAN PERPADUAN NASIONAL. Kita tahu latar belakang NGO-NGO Melayu yang menjadi pengasas-pengasas, termasuk JATI pimpinan Dr Hassan Ali, MUAFAKAT pimpinan Ustaz Ismail Mina, PEMBELA, ISMA, ABIM, PKPIM dan lain-lain. Kesemua pertubuhan-pertubuhan ini berjuang mempertahankan KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU dan KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN.

Oleh itu, apakah kewajaran 55 pertubuhan NGO Melayu ini menggambarkan pertubuhan gabungan mereka sebagai BARISAN PERPADUAN NASIONAL? Aku percaya nama BARISAN PERPADUAN MELAYU jauh lebih sesuai untuk menggambarkan dasar dan matlamat perjuangan pertubuhan-pertubuhan tersebut. Malah, PERPADUAN MELAYU adalah pra-syarat kepada kewujudan PERPADUAN NASIONAL.

Aku dengan ini menggesa Datuk Ibrahim Ali, serta saf-saf kepimpinan PERKASA dan BARISAN PERPADUAN NASIONAL, supaya mengkaji semula kesesuaian nama BARISAN PERPADUAN NASIONAL, malah nama PERKASA itu sendiri.

Kunci MCA Mendapat Kembali Sokongan Kaum Cina

Posted February 26, 2014 by warisan tmk
Categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tahniah kepada MCA yang telah berjaya mengadakan EGM Ahad lalu, dengan keputuasan hampir sebulat suara untuk turut serta di dalam barisan Kabinet di peringkat Kerajaan Pusat, di dalam barisan EXCO di peringkat negeri, serta jawatan-jawatan di dalam GLC.

Keputusan ini adalah sesuai dengan pendekatan MCA sejak sebelum dan selepas merdeka, iaitu bekerjasama dengan dengan gabungan parti-parti politik yang diketuai oleh UMNO, iaitu Perikatan sehingga 1975, dan kemudiannya Barisan Nasional.

Sehingga PRU 11 pada tahun 2004, MCA masih berjaya mengekalkan sokongan majoriti kaum Cina di negara ini. Pada PRU tersebut, MCA, UMNO dan parti-parti anggota BN yang lain telah berjaya memberikan LANDSLIDE VICTORY, atau KEMENANGAN BESAR, kepada BN, dengan memenangi lebih dari 90% kerusi parlimen, kejayaan terbesar BN di dalam sejarah politik negara.

Malah, berdasar kepada beberapa PRK pada 2007, BN tetap mendapat sokongan padu semua kaum sehingga penghujung 2007. Ini terbukti apabila calun PKR, Khalid Ibrahim, telah tewas kepada seorang calun bangsa India yang kurang dikenali mewakili MIC/BN di PRK Ijok, Selangor, pada tahun 2007, walaupun pengundi Melayu adalah pengundi majoriti di Ijok.

Apakah yang telah berlaku antara PRK DUN Ijok pada pertengahan 2007, dan PRU12 pada Mac 2008, sehingga berlaku apa yang digambarkan ‘tsunami politik’ oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang, sehingga BN bukan sahaja gagal mempertahankan majoriti 2/3 di parlimen, malah telah tewas di 5 negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, kepada Pakatan Rakyat.

Sedangkan dasar-dasar dan pendekatan UMNO 2008 adalah sama dengan UMNO 1957-2007, MCA 2008 pun sama dengan MCA 1957-2007, dan MIC 2004 juga tidak ada bezanya dengan MIC 1957-2007. Malah di dalam tempoh 1957-2007, BN telah berjaya mentransformasikan Malaysia dari sebuah negara kerdil yang mundur menjadi sebuah negara kuasa ekonomi dunia, sehingga layak menduduki TOP 20 ekonomi terbesar dunia. Malah di Kuala Lumpur berdirinya MENARA BERKEMBAR tertinggi di dunia, Menara Petronas, sebagai lambang kemajuan, kestabilan dan kemakmuran negara kita.

Dari analisa-analisa keputusan PRU12 dan PRU13, punca utama kemerosotan sokongan kepada BN ialah sikap OVERWHELMING MAJORITY pengundi Cina yang telah MENGKHIANATI MCA sendiri, UMNO dan BN.

Persoalannya ialah KENAPA? Kenapa pengundi Cina yang sepanjang tempoh 50 tahun selepas kemerdekaan negara pada 1957 telah memberikan sokongan padu kepada BN tiba-tiba sahaja MENGKHIANATI BN…..sedangkan UMNO, MCA dan MIC 2008 dan 2013, tidak ada bezanya dengan UMNO, MCA dan MIC 1957-2007.

Dari kajian-kajian dan pemerhatian banyak pihak, punca utama perubahan sikap pengundi Cina ialah akibat munculnya seorang PETUALANG BANGSA MELAYU, iaitu Ketua Umum PKR bernama Anwar Ibrahim, yang telah berjanji dengan pengundi Cina untuk MENGHAPUSKAN Dasar Ekonomi Baru(DEB) sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk kuasa dari BN. Sebelum 2008, hanya pemimpin-pemimpin DAP yang terdiri dari kaum Cina, khususnya penasihatnya Lim Kit Siang, dan setiausaha agungnya Lim Guan Eng, yang lantang memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’, yang pada hakikatnya bermaksud ‘Penghapusan Hak Istimewa Melayu/Bumiputra’. Mulai 2008, DAP telah berjaya MEMPERKUDAKAN seorang PETUALANG BANGSA MELAYU, Anwar Ibrahim, untuk memperlekehkan dasar-dasar yang tercetus dari KONTRAK SOSIAL, termasuk HAK ISTIMEWA MELAYU.

Setelah 50 tahun negara kita merdeka, pengundi Cina telah mula berani menentang dasar-dasar yang telah digubal oleh pengasas-pengasas negara Malaysia, termasuk HAK ISTIMEWA MELAYU/BUMIPUTRA. Malah mereka mula berani MEMPERJUDIKAN hubungan baik mereka dengan kaum Melayu yang telah terjalin sejak zaman sebelum merdeka.

Di dalam berhadapan dengan perubahan sikap pengundi Cina ini, adalah TIDAK BIJAK jika MCA cuba untuk meniru pendekatan DAP di dalam percubaan untuk menarik sokongan mereka. Sekiranya MCA juga ingin bersuara seperti DAP, dan membawa isu-isu yang sama dengan DAP, bukankah lebih bijak jika MCA dibubarkan saja, dan arahkan sahaja semua ahli-ahli MCA untuk menyertai DAP secara beramai-ramai. Atau, adakan penggabungan antara DAP dan MCA.

Aku percaya para pemimpin MCA bukan begitu. Mereka yang menerajui MCA sekarang amat faham bahawa MCA telah ditubuhkan berasaskan falsafah perjuangan yang berbeza dengan DAP. MCA adalah di antara pengasas perjanjian KONTRAK SOSIAL, sedangkan DAP hanya berminat untuk meruntuhkannya. MCA dan UMNO adalah parti-parti utama yang telah mengasaskan Perikatan dan BN. Pemimpin-pemimpin MCA lebih menghormati sejarah negara kita, serta asas-asas kerjasama antara MCA dan UMNO, kaum Cina dan kaum Melayu.

Menjelang PRU14 akan datang, MCA perlu bekerja keras untuk meyakinkan kaum Cina bahawa peruntukan-peruntukan tertentu di dalam Perlembagaan Negara yang tercetus dari KONTRAK SOSIAL tidak sekali-kali menghalang kaum Cina dari mencapai kejayaan besar di dalam segenap bidang di negara kita. Kejayaan kaum Cina di bidang ekonomi ternyata apabila kira-kira 80% dari senarai 100 ORANG TERKAYA di Malaysia adalah terdiri dari kaum Cina.

Di masa yang sama, MCA perlu memperingatkan kaum Cina bahawa KONTRAK SOSIAL adalah satu PERJANJIAN yang wajib dipegang dan dipatuhi oleh anak-cucu kaum bekas pendatang ke negara ini, yang telah diterima sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu pada awal 1950an, berlandaskan terma-terma tertentu KONTRAK SOSIAL, termasuk memperakuai HAK ISTIMEWA MELAYU/BUMIPUTRA.

Sekiranya MCA dapat menghayati pemikiran ini, dan mula mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk ‘mengorientasikan semula’ pemikiran kaum Cina, terutama generasi muda, aku yakin dan percaya, tidak sukar untuk MCA mendapat kembali sokongan dari kaum Cina.

Saranan Buang Identifikasi Bangsa – Apakah TS Joseph Kurup Mewakili Kerajaan?

Posted February 24, 2014 by warisan tmk
Categories: Uncategorized

Tags: , , , , ,

TS Joseph Kurup adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung-jawab terhadap PERPADUAN NASIONAL. Sehari dua lepas beliau dilapurkan ada menyarankan agar IDENTIFIKASI BANGSA dikeluarkan dari borang-borang rasmi Kerajaan. Beliau turut dilapurkan menyatakan rasa sedih kerana selepas 50 tahun merdeka, rakyat Malaysia masih lagi dipisahkan dengan IDENTIFIKASI BANGSA DAN AGAMA.

TS Joseph Kurup adalah Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah(PBRS), sebuah parti serpihan dari Parti Bersatu Sabah(PBS). Walaupun kedua-dua parti PBS dan PBRS adalah parti ‘perbagai kaum’ atau ‘multi-racial’, pada hakikatnya umum mengetahui bahawa majoriti keahlian kedua-dua parti tersebut adalah dari kaum Kadazan, iaitu salah satu kaum BUMIPUTRA SABAH.

Dari saranan yang telah keluar dari mulut TS Joseph Kurup sebagaimana dilapurkan oleh beberapa akhbar, timbul persoalan di kepala aku, apakah TS Joseph Kurup tidak ada sebarang perasaan KEBANGGAAN terhadap bangsanya sendiri, bangsa/suku kaum yang telah melonjakkannya menjadi seorang pemimpin politik peringkat nasional bertaraf MENTERI. Gambarkan jika beliau menjadi ahli parti-parti ‘multi-racial’ yang lain seperti DAP atau PKR, apakah beliau akan mendapat peluang untuk menjadi pengerusi DAP Sabah atau pengerusi PKR Sabah?

TS Joseph Kurup mungkin berniat baik untuk mencari suatu FORMULA PENYATUAN bagi keseluruhan rakyat Malaysia. Tetapi, sebelum beliau mewar-warkan apa-apa saranan atau formula, apakah beliau telah membuat kajian mendalam tentang APAKAH PUNCA SEBENAR masalah perkauman di negara ini…itu pun kalau betul ada masalah perkauman. Kenapa TS Joseph tidak menjenguk ke negara jiran seperti Thailand, yang mana sedang berlaku pergolakan politik yang amat serius….apakah kerana isu perkauman? Kalau beliau ingin lihat jauh sedikit, beliau boleh kaji PERTUMPAHAN DARAH sesama bangsa di Syria, Mesir dan Libya…apakah kerana isu perkauman?

Sejak penubuhan negara Malaysia, negara kita terkenal sebagai sebuah negara yang telah berjaya menguruskan kepelbagaian bangsa/kaum sehingga kekal aman, stabil dan makmur. Oleh itu, apakah bukti yang kukuh bahawa faktor KEPELBAGAIAN KAUM itu boleh membawa kepada huru-hara dan perpecahan. Malah, setelah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, dan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, penduduk berbagai bangsa, kaum dan agama di negara ini telah hidup di dalam keadaan aman dan harmoni, walaupun mereka kekal mengekalkan identiti bangsa, kaum dan agama masing-masing.

Soalan aku kepada TS Joseph Kurup, apakah jaminan beliau bahawa keadaan hubungan kaum di Malaysia akan bertambah baik dengan MENGELUARKAN IDENTIFIKASI KAUM di kalangan rakyatnya. Soalan aku berikutnya kepada beliau ialah, apakah saranan beliau berbentuk SARANAN PERIBADI, atau SARANAN MEWAKILI KERAJAAN?


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: